Sebagaimana yang berlaku semasa era Tun Abdullah dalam usaha untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau akan memerangi habis-habisan rasuah. Maka dibawalah seorang Menteri iaitu Tan Sri Kasitah untuk didakwa, konon untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam isu rasuah.
Tetapi apa kesudahan kes tersebut................ dibebaskan kerana pendakwaraya tidak cukup bukti. Itulah politik ala Umno yang akan mencari kambing hitam untuk dikorbankan. Seperti kata mantan Perdan Menteri Tun Dr. Mahathir, bahawa Tan Sri Kasitah adalah mangsa yang menjadi korban untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan memerangi rasuah.
Mana lagi 11 individu yang dikatakan berprofail tinggi seperti yang didedakan oleh Anak Yatim, semasa beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Umum mengetahui bagaimana sistem kehakiman sekarang yang betul-betul tidak bebas selepas pemecatan Tun Salleh Abbas.
Kerana Umnolah............. politik Malaysia menjadi cacarmerba............ kerana Umnolah............. mahkamah boleh mencampuri urusan Speaker............. kerana Umnolah............. Malaysia diketawakan oleh negara-negara lain............. Kerana Umnolah............ rakyat tidak lagi mempercayai SPRM............... Kerana Umnolah................. rakyat tidak lagi mempercayai SPR............ Kerana Umnolah................ rakyat tidak lagi mempercayai pihak polis.
Saudara-saudari lihatlah nanti apa yang akan berlaku tentang dakwaan terhadap 12 individu tersebut. Kerana sejak mula peristiwa tersebut bermula pun sudah ada kepincangan. Tidakkan pelik diberi alasan kerana pegawai polis ada semasa kejadian, masih lagi junior. Bagaimana kalau Pakatan Rakyat yang melakukannya, jawapan.............. saudara-saudari pun tahu, tidak payah saya menyatakannya.
Dakwaan yang dilakukan pun menunjukkan yang pihak berkuasa melakukan dalam keadaan tergesa-gesa. Itu pun kerana desakkan-desakkan yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Jika tidak, jangan harap pihak polis akan mengambil apa-apa tindakkan. Apakah Umno tidak mengetahui yang dunia sedang memerhati tindak-tanduk Malaysia?
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar