Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Ini adalah imbasan kembali apa yang berlaku semasa PRU 12 yang lalu. Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan KeADILan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN menjadikan kedudukan parti-parti pembangkang terbaik dalam sejarah negeri itu.



Berbanding 24 kerusi Dun untuk mendapatkan majoriti dua pertiga, BN negeri yang diketuai Mohamad Hassan hanya memperolehi majoriti mudah 21 kerusi Dun.



Kemenangan Pakatan Rakyat di 15 Dun menyaksikan DAP menghantar 11 wakil Dun, sementara KeADILan 4 kerusi dan PAS 1 kerusi.



Kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar Seremban, Port Dickson, Bahau dan Rembau.



Sementara bagi kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat hanya diwakili oleh Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas (Parlimen Teluk Kemang) yang menewaskan Naib Presiden MIC, S.Sothinathan yang baru sahaja tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden MIC.



Persaingan di kerusi bandar kali ini amat ketara dikuasai Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang menguasai hampir kesemua kerusi dalam Parlimen Seremban dan Rasah yang dahulu didominasi MCA serta Gerakan.



Isu yang paling banyak melingkari kekalahan BN di negeri tersebut antaranya adalah isu pekerja kilang, isu kenaikan cukai pintu, isu kronisme membabitkan pentadbiran Mohamad Hassan sebagai Menteri Besar, isu nasional seperti kenaikan harga barang dan minyak selain perpecahan kerana kehadiran menantu bekas Perdana Menteri, Khairy di Negeri Sembilan.



Meskipun bekas PM, Tun Abdullah menafikan Khairy sebagai punca kekalahan, namun angin yang melanda Umno-Bn mengenai khabar itu tidak dapat dinafikan.



Rakyat sebenarnya tidak setuju dengan kempen kasar yang dilancarkan Khairy memandangkan BN adalah kerajaan memerintah yang tidak perlu bersikap agresif ketika berkempen.



Bekas PM, Dr. Mahathir sendiri pernah menyelar Khairy yang dilihat terlalu 'laparkan' jawatan hingga semua hal mahu diulas.



Malah di kawasan Parlimen Rembau yang ditandingi Khairy, ramai meramalkan menantu Pak Lah itu akan menang dengan majoriti kecil.



Khairy hanya memperolehi majoriti 5,746 undi sahaja berbanding 18,656 majoriti yang diperolehi Dato' Firdaus Harun pada pilihan raya umum 2004.



Namun kini nasi sudah menjadi bubur, kubu kuat Umno di Negeri Sembilan sudah retak ditembusi Pakatan Rakyat.



Siapa sangka, kempen 'sedarhana' Mohd Taufek berjaya menjadikan beliau sebagai Adun Paroi sekaligus melakar sejarah buat PAS kerana pertama kalinya dalam 50 tahun menghantar wakil ke Dun Negeri Sembilan.



Apakah PRK Bagan Pinang akan mengulangi kejayaan PAS di Dun Paroi yang mana Khairy sebagai ketua pemuda Umno mula dipinggirkan. Dan kebangkitan semula pengaruh Mahathir dalam politik Umno.



Ditambah pula dengan kenyataan Najib bahawa seseorang pemimpin itu tidak semestinya popular didalam parti yang ditujukan kepada Umno bahagian Teluk Kemang yang mencalonkan Isa. (Sumber Arkid Harakah)

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top