Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Akhirnya segala teka teki telah terjawab dengan pengumuman oleh Muhyiddin Yassin bahawa Tan Sri Isa adalah calon BN bagi Dun Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.



Kita dengar pula apa komen Mahathir terhadap Umno-Bn yang mencalonkan  Isa. Andainya ditakdir BN kalah di Bagan Pinang, pasti satu amukan daripada mantan PM.



Semua orang tahu yang Mahathir cukup tidak berkenan dengan Isa yang dikatakan akan memberi banyak peluang kepada Pakatan Rakyat.



Ini adalah kerana Isa telah digantung keahlian selama 3 tahun oleh Umno daripada bergiat aktif dalam politik Umno.



Ia juga menjadi satu tamparan buat Mahathir kerana nasihat orang tua itu tidak diambil peduli oleh Najib. Tahniah buar Isa di atas pencalonan beliau itu.



Sekiranya beliau menang, maka masa depan beliau adalah cerah untuk mengugat Mohd Hassan dan Khairy. dan sekiranya beliau kalah, maka berkuburlah beliau dari arena politik Umno.



Mungkin Mahathir akan mendoakan agar Isa kalah dalam pilihan raya kecil tersebut dan bolehlah Mahathir memulangkan paku kerasnya kepada Najib.



Muhyiddin pasti akan lepas tangan kerana beliau boleh bagi tahu yang beliau tukang umum calon sahaja, tetapi yang membuat keputusan adalah Najib.



Maka ada harapanlah beliau untuk menganti Najib apabila Isa kalah nanti. Yang pasti, akan ada tikam menikam diantara satu sama lain. Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top