Menurut Hafiz, dia sebaliknya menggangap perkara itu sebagai satu proses pembelajaran buatnya dan tauladan buat masyarakat.
"Tiada apa yang ingin saya malu atau kesalkan apabila perkahwinan kami menjadi buah mulut sebaliknya berasa positif dengan apa yang berlaku.
"Banyak yang saya belajar dan apa yang berlaku diharap juga dapat menjadi tauladan kepada orang lain," katanya.
"Sebenarnya kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi dia memilih untuk memfailkan di mahkamah.
"Apabila dia pergi ke mahkamah dan buat sidang media jadi saya akur dan perlu ikut saluran undang-undang juga.
"Tetapi saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah. Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul.
"Satu sahaja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan pernikahan kami sah," ujarnya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.
Peguam Syarie, Aznir Suhaida Dolah yang mewakili Joy memaklumkan anak guamnya mempunyai kes permohonan pengesahan pernikahan dengan suami terdahulu iaitu Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Mahkamah Tinggi Syariah.
Hakim Syarie Muhamad Hisyam Zakaria, menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes tersebut. - Sumber: mStar Online
Sumber 'Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku' - Hafiz Hamidun Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar