Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Saya seorang surirumah dan suami pekerja offshore. Kami sudah berkahwin 4 tahun dan ada seorang anak berusia 3 tahun. Tuntutan kerja menyebabkan suami slalu outstation 3 hingga 6 bulan lamanya.

 

 

Suami kerja offshore gaji besar tapi anak-anak makan maggi dan air masak, anak buah boleh pula dimewahkan!

Suami kerja offshore gaji besar tapi anak-anak makan maggi dan air masak, anak buah boleh pula dimewahkan!

 

Saya kurang senang kerana naluri seorang ibu ingin tunjukkan perkara yang baik2 sahaja pada anak. Aksi bersama suami isteri bukanlah permandangan yg baik untuk anak kecil.Saya ada 3 masalah utama dlm perkahwinan ini.. Pertama, setiap kali suami balik dan sampai ke rumah..suami tidak sabar untuk bersama dan meminta saya melayannya walaupun pada ketika itu anak kami masih belum tidur.

Saya Tak Wujud Dalam Kehidupannya

Apabila saya melengah2 dengan hidangkan makanan atau segera ke bilik untuk menidurkan anak, suami menjadi dingin dan tidak akan menyentuh saya hingga 3 minggu lamanya.

saya cuba menarik perhatian suami, namun dia akan buat seolah2 saya tidak wujud dengan menghadap game di handphonenya.

Masalah kedua, apabila suami balik bercuti..biasanya dia akan ada masa sebulan hingga dua bulan bersama saya dan anak. Malangnya ibu mertua terlalu kerap menelefon suami untuk membawanya berjalan2 melawat saudara-mara, pergi kenduri kendara, atau berjalan2 bercuti.

Jarak rumah kami dengan ibu mertua dalam 40minit. Boleh dikatakan seminggu 4-5hari suami terpaksa melayan kehendak ibunya. Pada awal perkahwinan saya rasa bahagia sebab dapat selalu berkumpul bersama. Tapi lama-kelamaan saya rasa seolah2 saya dan suami langsung tiada masa berdua untuk selesaikan masalah yg terpendam.

saya tidak salahkan ibu mertua dan saya sgt sayagknnya seperti ibu saya. Cuma kami terlalu letih berlulang alik dan kerap travel ke rumah saudara-mara yg jauh. Dah macam sepanjang tahun adalah hari raya.

Anak Sendiri Macam Terabai Tapi Anak Buah Dimewahkan

 

Kehidupan saya, suami dan anak hanya habis dalam perjalanan dan melayan ibu mertua. Suami tidak pernah berkira untuk memberi belanja kepada keluarganya termasuk anak-anak buah nya. Namun naluri seorang ibu terusik juga bila anak sendiri pakai baju lama yg sendat2 tak berganti dan hanya makan maggi sup ayam (semasa suami outstation) sedangkan anak-anak buah dimewahkn dengan duit belanja dan makan yg sedap2.

Allahu..sabarlah wahai hati.. Pendek kata suami obsessed melebih2 kan keluarga besarnya dahulu berbanding saya dan anak. Masalah ketiga berkait rapat dengan masalah pertama dan kedua, suami meremeh2kan soal nafkah. Apabila kerap dingin dan mengelak untuk bersama, saya selalu berasa sedih.

saya cintakn suami sejak zaman universiti dan perkenalan kami sudah lebih 14tahun. Setelah berkahwin, meniti hari2 tanpa suami yg bekerja offshore adalah sgt perit. Sunyi, rindu, risau dan macam2 doa setiap hari hanya untuk dia. Hampir setiap hari memikirkan keadaannya di pelantar/kapal.

Namun bila suami balik tanpa ada perasaan sama seperti apa yg saya rasa..saya jd kecewa. Dari pandangan matanya saya tahu hatinya kosong. Kami hanya akan bersama sebulan sekali, itu pun bila dia mahu. saya tidak larat ungkit kisah silam dan bergaduh dengannya.

Makan Meggi Dengan Air Masak Saja

Sebenarnya tahun pertama hingga ketiga perkahwinan kami, suami memang ada menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita..namun semuanya kantoi bila husband kepada scandal nya ingin report polis, ada yang saya sendiri dpt tahu melalui passport dan mesej WhatsApp nya.

ada yg saya dpt tahu melalui call history handphone nya dan banyak lagi. Tp tahun keempat ini suami berkelakuan agak baik cuma suami gantikan pula dengan mengelak untuk bersama dan mesra sebagai suami isteri.

Nafkah zahir juga sudah setahun tidak diberi. saya tahu dia sgt mampu tetapi sengaja memperlakukan saya begini. Mungkin ada sedikit dendam pada saya. saya kesian pd anak saya kerana ada masanya kami hanya makan maggi dengan air masak sahaja. Memang saya seorang surirumah, tapi saya tak sanggup dilayan sebegini.

Pernah terlintas difikiran seperti ingin keluar bekerja. Namun bila teringat kata2 suami, saya tidak sanggup jadi isteri yg nusyuz. Lebih2 lagi bila suami tiada di rumah. Kini saya byk bergantung pd pendapatan on9. Setelah 4 tahun melalui alam perkahwinan yg mencabar ini..saya rasa saya tak mampu bertahan lama kalau berlarutan begini.

Sumber: KRT

Via: Figura Malaya



Sumber Suami kerja offshore gaji besar tapi anak-anak makan maggi dan air masak, anak buah boleh pula dimewahkan! Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top