Apa yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat pagi tadi benar-benar mengingatkan aku mengenai tragedi sama yang menimpa 27 pelajar Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada tahun 1989.
Untuk rekod, kesemua 27 pelajar perempuan meninggal dunia dalam tragedi kebakaran yang memilukan di sekolah yang terletak dekat Padang Lumat, Yan, Kedah itu.
Dalam kejadian berkenaan aku difahamkan lilin yang digunakan untuk menerangi ruang bilik asrama itu telah terjatuh serta membakar tilam hingga api merebak dan tidak dapat dikawal.
Akibat kebakaran tersebut sebanyak lapan buah blok asrama yang diperbuat daripada papan ketika itu telah musnah dijilat api dan majoriti yang terkorban akibat terhidu bau asap tebal.
Jenazah mereka dikebumikan di tanah perkuburan khas “27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya”.
Dan selepas 18 tahun, tragedi yang sama berulang pula di ibu kota pagi tadi.
InsyaAllah, mereka kini ‘tenang’ di sana.
Al-Fatihah.
Syahril A. Kadir
Sumber Mengimbau Tragedi 27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar