Kebakaran dipercayai berlaku dari tingkat atas di mana tempat guru dan pelajar yang menjadi mangsa tidur. (Gambar: Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) - Facebook)
Beberapa orang ramai yang juga saksi kejadian cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di tingkat dua sekolah tersebut tetapi gagal membawa mangsa keluar akibat api yang marak. Saksi, Babul Amir menyatakan dia meluru masuk ke dalam bangunan tersebut dan terdengar jeritan mangsa meminta tolong dan ternampak dua pelajar terbaring di atas katil, seperti dilaporkan Berita Harian.
Seorang lagi saksi kejadian, Baharuddin Sudin menyedari kebakaran pada jam 5.15 pagi turut mendengar jeritan mangsa meminta tolong dari tingkat dua dan melihat api sedang marak.
Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut berusaha sedaya upaya menyelamatkan mangsa dengan membantu memecahkan cermin tingkap dan memanjat keluar menggunakan saluran paip di tepi bangunan.
"Perkara yang amat memberi kesan kepada saya ialah apabila bunyi jeritan meminta tolong itu tiba-tiba senyap lebih kurang lima minit selepas asap hitam keluar," katanya.
Kira-kira 20 pelajar terbabit terselamat manakala lebih 20 pelajar berusia 13 sehingga 17 tahun dan sekurang-kurangnya dua guru terkorban. Kebakaran dipercayai berlaku dari tingkat atas di mana tempat guru dan pelajar yang menjadi mangsa tidur.
FOTO/VIDEO KEJADIAN TULAR
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut bersimpati dengan nasib mangsa kebakaran tersebut menerusi status beliau yang dimuat naik di akaun Twitter.
Innalillah. Amat sedih baca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar & korban lebih 20 nyawa. Moga roh dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 14, 2017
Kejadian ini turut menarik perhatian khalayak yang berkongsi berita, gambar dan video di media sosial sama ada menerusi Facebook, Twitter dan pesanan mesej, WhatsApp.
Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga memberi peringatan pada orang ramai agar menjadi individu bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan gambar mangsa yang terkorban.
JBPM MENGECAM TINDAKAN SESETENGAH INDIVIDU YG TULARKAN GAMBAR/VIDEO MANGSA KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ KL. JADILAH INDIVIDU YG BERTANGGUNGJAWAB!
— BOMBA (@bombaJBPM) September 14, 2017
Sumber "Bunyi Jeritan Meminta Tolong Itu Tiba-Tiba Senyap Lebih Kurang Lima Minit" - Saksi Kejadian Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar