Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

DALAM kesibukan bertugas membuat liputan perjalanan musim haji 1438 Hijrah, mereka masih berkesempatan menabur bakti membantu dhuyufurrahman yang memerlukan.

 

 

 

Itu yang dilakukan sebahagian petugas media ketika mereka dalam perjalanan untuk menyempurnakan ibadat melontar di Kompleks Jamarat.

Paling mencuri tumpuan ialah bakti yang dilakukan tiga wartawan iaitu Ahmad Lokman Mansor dari New Straits Times (NST), Ainol Amriz Ismail (Utusan Malaysia) dan Elmi Rizal Elias (BERNAMA).

Gambar tiga petugas media dukung jemaah haji lelaki warga emas yang kekejangan kaki sentuh hati netizen

Gambar tiga petugas media dukung jemaah haji lelaki warga emas yang kekejangan kaki sentuh hati netizen

AHMAD Lokman Mansor dari New Straits Times (NST), Ainol Amriz Ismail (Utusan Malaysia) dan Elmi Rizal Elias (BERNAMA) memikul jemaah warga emas, FOTO Mohd Naser Jaafar

Ketiga-tiga mereka mendukung jemaah lelaki warga emas berusia 70-an yang mengalami kejang otot hingga tidak mampu berjalan pulang ke khemah penginapannya.

 

Gelagat mereka membantu mendukung jemaah berkenaan sempat dirakam Pengarah Operasi Media 1438 Hijrah, Mohd Naser Jaafar.

JEMAAH melontar jamrah di Kompleks Jamarat. IHSAN TH

Gambar berkenaan kemudian turut dikongsikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam akaun Facebook beliau.

“Tersentuh hati saya menyaksikan bagaimana mulianya hati petugas media turut membantu warga emas kejang otot pulang ke khemah selepas melontar Jamrah Kubra, malam tadi,” kata Asyraf Wajdi dalam entrinya itu.

Elmi Rizal berkata, dia dan dua lagi rakan setugas membantu warga emas itu selepas melihatnya cuba dibantu dua jemaah suami isteri.

Katanya, apabila ditanya, warga emas itu memberitahu dia sudah lebih sejam berada di tepi laluan berkenaan kerana tidak boleh berjalan untuk pulang ke khemahnya.

“Kasihan melihat jemaah itu, saya bersama Ainol dan Lokman mengambil keputusan membantu mendukung warga emas itu hingga dihantar ke pusat rawatan TH di Mina,” katanya.

MOHD Shahril menolak kerusi roda jemaah warga emas yang hampir pitam di Kompleks Jamarat Mina. FOTO Mohd Naser Jaafar

Sementara itu, jurukamera dari Astro Oasis, Mohd Shahril Khairuddin dan jurukamera TH, Mohd Johaimi Abdullah membantu menolak kerusi roda jemaah lelaki yang hampir pitam dan muntah sejauh lebih satu kilometer sebelum dibawa ke pusat rawatan sama.

Sumber: Metro



Sumber Gambar tiga petugas media dukung jemaah haji lelaki warga emas yang kekejangan kaki sentuh hati netizen Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top