Mohd Ihsan Husin, 16, berkata bayi tersebut adalah anak kepada guru tahfiz berkenaan yang dihulurkan kepadanya ketika dia berada di tingkat dua dan sudah berjaya menyelamatkan diri.
“Bayi itu dihulur kepada saya dari tingkat tiga sebelum saya bawa turun ke bawah.
“Keadaan kelam kabut dan saya tidak tahu apa berlaku kepada ustaz berkenaan.
“Sebelum kejadian saya terjaga daripada tidur kerana mendengar jiran menjerit api, lalu saya kejutkan rakan-rakan lain dan bergegas menyelamatkan diri dengan memecahkan gril pada pintu sebelum turun tingkat dua,” katanya.
Mohd Ihsan adalah antara 13 mangsa yang terselamat dari kejadian kebakaran yang meragut nyawa seramai 24 orang itu.
Menurutnya, dia sudah belajar di pusat tahfiz berkenaan selama 4 tahun bercerita ketika kejadian asap sangat tebal manakala hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk.
“Selepas solat Isyak (malam tadi) ada kelas sehingga jam 10.30 malam, makan malam dan jam 11 malam kami diminta tidur.
“Saya ada ternampak dua tong gas berhampiran pintu bilik, agak pelik kerana sebelum ini tiada dan kami tidak dibenarkan memasak,” katanya.
Sumber : BH Online
Sumber “Bayi itu dihulur pada saya dari tingkat 3, saya tak tahu apa jadi pada ustaz selepas itu” – Pelajar tahfiz yang terselamat cerita detik selamatkan anak ustaz Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar