Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Tangisan dua anak kecil di tempat duduk belakang sebuah kereta tidak dapat menyedarkan pasangan suami isteri yang dipercayai ibu bapa kanak-kanak itu yang berada di tempat duduk hadapan kenderaan yang terlibat dalam satu kemalangan.

Kemalangan membabitkan dua kereta dekat Pengkalan Hulu, Perak, pada Rabu lalu itu menyaksikan api mulai marak dari kereta sebelah dan bila-bila masa boleh meletup sebelum menyambar kenderaan yang dinaiki empat beranak itu.

Kesemua mereka terperangkap di dalam kereta dan cubaan orang awam untuk memecahkan kenderaan tersebut tidak berjaya.

Namun tindakan pantas seorang warga emas mencapai sebilah kapak yang disimpan dalam pacuan empat rodanya berjaya memecahkan pintu kereta tersebut.

Keberanian lelaki bernama Oon Thoo Seen, 66, itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib di laman sosial pada Khamis.

Wakil rakyat itu memuji keberanian Thoo Seen mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan insan-insan yang memerlukan pertolongan.

“Saya kagum dengan keberanian Oon. Sikap prihatin dan kemurnian Oon sebagai ‘hero tak didendang’ wajar dicontohi rakyat Malaysia,” kata Mohd Khusairi kepada mStar Online.

Dua kereta musnah terbakar dalam satu kemalangan dekat Pengkalan Hulu, Perak, Rabu lalu.

Sementara itu, bercakap kepada portal berita ini, Thoo Seen berkata, ia merupakan pengalaman kedua dia membantu menyelamatkan mangsa kemalangan dengan yang pertama kira-kira 30 tahun lalu.

Warga emas dari Sungai Petani, Kedah ini menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya sekadar tanggungjawab kecil sebagai manusia dan rakyat Malaysia.

“Saya hanya membantu, yang menyelamatkan mereka (mangsa) adalah Tuhan. Kalau ada orang susah, kita kena sama-sama tolong.

“Tak kan nak tunggu polis atau bomba dulu. Sementara tunggu bantuan datang, kita sebagai orang awam yang berada di tempat kejadian perlu cuba apa saja yang boleh,” katanya kepada mStar Online.

Salah seorang mangsa yang terperangkap di dalam kereta berjaya dikeluarkan dengan bantuan Thoo Seen dan beberapa orang awam.

Berkongsi detik cemas itu semasa dalam perjalanannya dari Sungai Petani ke Pengkalan Hulu, bapa kepada empat anak dan datuk kepada dua cucu ini memberitahu, pada awalnya, pintu kereta cuba dipecahkan menggunakan batu tetapi tak berjaya.

“Kebetulan ada kapak di dalam kereta, jadi tanpa berfikir panjang, saya cepat ambil dan pecahkan pintu kereta.

“Setelah pintu berjaya dibuka, beberapa orang awam lain turut bantu mengeluarkan mereka sebelum api dari kereta sebelah menyambar kereta mangsa,” katanya.

Mengenai kisahnya sebagai hero tidak didendang kini tular, kontraktor pembinaan ini hanya mampu mengucapkan terima kasih di atas penghormatan tersebut.

“Saya biasa-biasa saja, saya masih Oon. Namun saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia terutama anak muda bersikap prihatin terhadap keadaan sekeliling.

“Kalau kita lebih peka, mungkin kita sedar sebenarnya ada orang lain dalam kesusahan yang memerlukan bantuan,” ujar Thoo Seen.

Sumber: MStar



Sumber Alkisah hero tidak didendang, warga emas guna kapak pecah pintu kereta demi selamatkan mangsa Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top