Peminat pastinya tertanya-tertanya apa yang dimaksudkan oleh penyanyi itu menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.
Ternyata, perkataan ‘sucks’ yang digunakan dalam konteks ini merujuk kepada satu pengumuman perkhidmatan awam (PSA) untuk kempen Strawless Ocean dan semuanya untuk tujuan murni.
Ia bertujuan untuk tingkatkan kesedaran tentang penggunaan straw (penyedut minuman) dimana rakyat Amerika Syarikat dianggarkan menggunakan lebih 500 juta straw setiap hari.
BACA JUGA: Yuna memang dah cantik, si Adam pula... Haish! - Aishah SinclairVIDEO: Ini tujuh sebab Yuna pilih Adam Sinclair
BACA JUGA: Kolaborasi Yuna dan DJ Tokimonsta dalam 'Don't Call Me'
Dalam video berkenaan, beberapa selebriti menjelaskan bahawa pada tahun 2050, jika dibiarkan tabiat itu berterusan akan ada lebih banyak plastik dari straw berbanding ikan di laut.
Selain Yuna, video itu turut menampilkan Adrian Grenier selaku pengasas bersama Lonely Whale Foundation dan pelakon Kendrick Sampson.
Bintang Yuna terus bersinar di peringkat antarabangsa sebelum ini apabila terpilih untuk ditampilkan di dalam majalah fesyen terkenal 'Vogue Arabia'.
Sebelum itu, Yuna berpeluang menemuramah Quincy Jones sempena pelancaran fon kepala JBL Audio E55BT Quincy Edition.
Pada Sabtu, Yuna mengikat tali pertunangan dengan Adam Yousof Mohamad Sinclair pada satu majlis yang diadakan di kediaman ibu bapa beliau di Shah Alam.
Sumber Yuna akui dia 'sucks' Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar