Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Wanita yang mendakwa dicabul pendakwah, popular di kalangan orang kenamaan dan artis, menarik balik aduan polis kes itu. 

 

Wanita tarik balik laporan polis dakwa dicabul pendakwah popular

Wanita tarik balik laporan polis dakwa dicabul pendakwah popular

 

 

Susulan aduan gadis 20-an itu, lelaki Asia Barat itu ditahan sekumpulan individu dan diserahkan kepada polis minggu lalu, lapor Harian Metro kelmarin. 

Foto dan video lelaki yang sering berjubah dan berserban itu, dikenali “pengamal perubatan” alternatif, menular di media sosial selepas insiden itu. 

Suspek yang dilaporkan dekat dengan ahli politik kerajaan dan pembangkang sering hadir di majlis agama dengan gaya pendakwah. 

Namun akhbar The Sun hari ini melaporkan wanita itu memohon kepada polis untuk membatalkan aduannya dicabul di sebuah flat di sini. 

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata pihaknya akan menyiapkan siasatan sebelum menyerah kepada Jabatan Peguam Negara. 

“Kes itu melibatkan mencabul kehormatan bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya, dengan mengesahkan lelaki itu mempunyai rekod jenayah. 

Lelaki itu ditahan orang awam berdekatan Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada 3 Ogos sebelum diserahkan kepada polis. 

Beliau kemudian direman sehingga Selasa lalu bagi membantu siasatan dakwaan wanita itu, yang dikenali melalui Facebook, bulan lepas.

Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan wanita itu dijanjikan tempat tidur di sekolah tahfiz tetapi lelaki itu membawanya ke sebuah flat sebelum mencabul.

Mangsa yang berkenalan dengannya mulai 15 Julai lalu bertolak ke sini dari Pulau Pinang untuk bertemu suspek pada 24 Julai.

Wanita itu pada mulanya pergi ke masjid berkenaan apabila dijanjikan sedemikian tetapi dibawa ke flat tersebut kira-kira jam 1 pagi.

Menurut Sinar Harian lagi, mangsa diminta duduk di sebelah lelaki itu sebelum memeluknya. 

Wanita itu yang terkejut menolaknya, lalu bersembunyi di bilik rumah tersebut. Mangsa mengunci pintu sehingga jam 6.30 pagi sebelum pulang ke Pulau Pinang.

Akhbar yang sama melaporkan suspek mempunyai rekod jenayah, termasuk mencabul dan merompak.

Sumber: Malay Mail



Sumber Wanita tarik balik laporan polis dakwa dicabul pendakwah popular Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top