Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

SEMAKIN hari, dunia kita menyaksikan pelbagai jenis perbuatan pelik manusia. Tidak kurang nya juga dengan ajaran sesat yang sebenarnya sudah lama muncul sejak zaman dahulu lagi.

 

Video pertelingkahan dua ustaz dan lelaki didakwa sebarkan ajaran sesat viral: Tak puas hati ditegur, rela masuk neraka!

Video pertelingkahan dua ustaz dan lelaki didakwa sebarkan ajaran sesat viral: Tak puas hati ditegur, rela masuk neraka!

 

 

Ajaran sesat? Apakah yang dikatakan dengan sesat? Istilah ini jika dalam konteks agama Islam diklasifikasikan sebagai mana-mana jenis pemikiran yang terkeluar daripada skop ajaran tersebut.

Haaa… ngerikan? Mohon dijauhkan!

Namun kini tular di laman YouTube apabila satu rakaman video memaparkan berlaku sedikit pertelingkahan antara dua orang ustaz dan seorang lelaki yang didakwa menyebar ajaran sesat.

 

https://youtu.be/YjrFzlLTRY8

 

Video yang berdurasi kurang daripada tiga minit itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju berwarna putih dan kain pelikat sedang bertengkar dengan dua orang ustaz di hadapannya ketika dalam satu majlis ilmu.

Dikatakan lelaki tersebut telah menyebarkan ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar sehingga boleh mengakibatkan berlakunya kesesatan dalam kalangan pendengar.

Apabila dikatakan syirik oleh ustaz tersebut, si lelaki berkenaan cuba membalasnya kembali dengan menguatkan suara sehingga menyebabkan para tetamu terdiam.

“Syirik di atas iktikad! Bukan di atas bahasa! Bukan di atas bahasa! Saya tak boleh terima di atas bahasa,” ujarnya dengan nada tinggi.

Pertelingkahan menjadi semakin sengit, apabila ustaz terbabit dilihat seolah-olah mencabar lelaki itu dengan menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memahami kitab.

“Tok Mat tak ada alat untuk memahami ilmu!” ujar ustaz tersebut.

Lelaki itu turut berang apabila ustaz tersebut semakin ligat mencabar dan akhirnya dia minta masing-masing berpegang pada ajaran sendiri sehingga berkata dia rela masuk ke neraka.

“Boleh pegang pada fahaman ustaz. Saya pegang pada fahaman saya. Habis! Tak apa! Kalau saya kena duduk neraka pun tak apa! Habis cerita!” balas lelaki terbabit.

Ha? Rela masuk neraka? Apa dia ingat neraka itu mainan? Allahu.

Insiden itu dipercayai berlaku di Lahar Yooi, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan mulai hangat menjadi perbualan orang ramai.

Video yang mendapat lebih daripada 90,000 tontonan sehingga kini secara tidak langsung menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen apabila rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan cara ustaz tersebut menegur.

Hal ini kerana, dia beranggapan cara itu adalah salah dan Islam tidak mengajar kita untuk membuka aib orang.

“Sepatutnya bukan macam tu nak bagi nasihat… Janganlah cerekah (gertak) dia.., Cakaplah dengan elok-elok.. Kau pi marah dia memang dia naik angin lagi lah..

“Cakap elok-elok je kan boleh… Buat cara Ustaz Don,” komen Mohd. Muizz Muizz yang merujuk pendakwah selebriti yang berasal dari Pulau Pinang itu.

“Maaf, kami tak mahir ilmu agama. Cuma pada saya, tak baik tegur orang macam ni. Duduk ramai-ramai, suara tinggi & viralkan? Buka aib?

“Kalau orang tua ni dilihat menyimpang, siasat dia dan bawa dia ke muka pengadilan untuk diadili sehabis-habisnya…bukan viralkan macam ni.

“Kami yang tak mahir ilmu agama ni tak faham pucuk pangkal. Siapa salah, siapa betul. Bagi saya, video ni hanya berniat menghukum pakcik tu untuk paparan umum. Tak baik tau. Wallahualam,” kata Farith Zahir.

Mereka tidak puas hati bukan bermaksud menyokong ajaran tersebut tetapi cara teguran itu adalah tidak kena sama sekali. Boleh tegur tapi biar kena pada caranya.

Hmmm…pada dasarnya memang betul niat ingin menegur dan menegakkan kebenaran tapi cara itu tidak kena. Adalah baik sekiranya ditegur dengan elok dan tidak perlu mengaibkan.

Ikutlah cara Nabi di mana baginda menegur tanpa mengaibkan mahupun menjatuhkan maruah seseorang.

Walaubagaimanapun, bersamalah kita berhati-hati agar sentiasa dijaga iman dan dijauhkan daripada ajaran sesat seperti ini. Amin Ya Rabbal Alamin! 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura 

 



Sumber Video pertelingkahan dua ustaz dan lelaki didakwa sebarkan ajaran sesat viral: Tak puas hati ditegur, rela masuk neraka! Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top