Video: Ini jawapan balas Siti Kasim lepas ayah Rani Kulup mahu melamarnya sebagai isteri
Selepas hampir seminggu kisah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah, Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasrat sudi memperisterikan Siti Kassim dan belum menerima sebarang jawapan, akhirnya peguam berkenaan telah tampil menjawab mengenai kisah itu dalam satu temubual bersama KiniTv.
Beliau dalam temubual itu menganggap kenyataan Ayah yang mahu mengahwininya hanyalah sekadar bergurau dan tidak lebih daripada itu.
Menurut beliau, dia tidak mengambil serius perkara ini kerana ianya jelas satu gurauan dan menyifatkan hanya media dan netizen yang sengaja mensensasikan kisah ini.
Namun, Siti Kassim menyatakan dia amat menyukai cara pemakaian Abdul Rani yang berpakaian seperti orang Melayu sebenar berbanding memakai jubah.
Jom lihat kenyataan penuh beliau.
Abdul Rani bagaimanapun sebelum ini telah mencuba nasib untuk memikat jutawa kosmetik terkenal pula iaitu Datuk Seri Hasmiza Othman pula atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida selepas Siti Kassim tidak membalas cintanya.
Sumber: Siakapkeli.my
Sumber Video: Ini jawapan balas Siti Kasim lepas ayah Rani Kulup mahu melamarnya sebagai isteri Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar