Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Tun Dr Mahathir Mohamad terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai keturunannya.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Menurut bekas perdana menteri itu, yang didedahkan oleh Ahmad Zahid itu berbeza daripada fakta sebenar.

Baca artikel sebelum: “Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty, patutlah dia kata melayu mudah lupa” – Zahid Hamidi

“Saya terkejut dengan kenyataan Ahmad Zahid itu. Tak pernah ada sesiapa sentuh perkara ini, yang beri asal usul saya berbeza daripada yang diketahui umum.

“Ini adalah satu kenyataan yang cukup baik untuk kita tunjuk betapa Ahmad Zahid ini kaki pembohong kerana dia tak boleh tunjuk kad pengenalan yang dia kata warna biru itu,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook Bersatu, semalam.

Ahmad Zahid, pada penutup Umno Bahagian Kelana Jaya kelmarin berkata, kad pengenalan asal Mahathir menunjukkan namanya ialah Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, dokumen yang diberikan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepadanya itu membuktikan Mahathir hanya menggunakan orang Melayu.

Mahathir mendakwa, Ahmad Zahid mengkritik beliau setelah gagal meraih sokongan beliau untuk menjatuhkan Najib.

“Ahmad Zahid mesti ingat, apabila jadi timbalan perdana menteri, dia datang jumpa saya cuba nak dapat simpati saya. Saya kata kepadanya, kalau pun Najib letak jawatan, Ahmad Zahid kena tunggu siapa Umno nak gantikan Najib.

“Bukan tentu Ahmad Zahid boleh ganti Najib. Bila tak boleh dapat, dia carilah jalan bohong macam ini. Saya malu ada orang macam ini dalam Kabinet Malaysia,” katanya.

Mahathir mencabar Ahmad Zahid menunjukkan bukti kad pengenalan birunya seperti didakwanya.

“Saya masih ingat kad yang pertama saya terima, ketika itu saya di universiti. Tapi kalau dia boleh tunjuk, saya nak tengoklah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Sumber Terkejut dengan kenyataan TPM, Tun M cabar Zahid Hamidi tunjuk IC ‘biru’ Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top