Seorang lelaki berusia 55 tahun terpaksa menerima lebih 15 jahitan selepas dia ditetak oleh isterinya apabila menyuarakan keinginan untuk berkahwin lagi satu.
Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Manek Urai Lama pada Khamis itu, mangsa ditetak dibahagian kepala, dahi kanan dan juga lengan kanan.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain, isteri mangsa menetak lelaki terbabit selepas menyarakan hasratnya mahu berpoligami.
“Ketika kejadian mangsa sedang baring sebelum isterinya bertindak mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan terus menetak suami.
“Terkejut dengan tindakan isteri, mangsa terus melarikan diri dengan keluar rumah,” katanya sebagaimana lapor Berita Harian.
Mangsa telah dihantar ke Klinik Manek Urai dan menerima lebih 15 jahitan di kepala dan dahi.
Bagaimanapun, kedua-dua pasangan itu telah pun berbaik dan tiada laporan polis dibuat.
Gambar kejadian ini menjadi tular di laman sosial Facebook hari ini yang mendapat pelbagai reaksi netizen.
Via: SK
Sumber Suami Kata Nak Kahwin Lagi Satu, Isteri Tetak Guna Pisau Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar