Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KUALA LUMPUR — Talian bantuan untuk membantu doktor perubatan menangani tekanan kerja dan masalah peribadi ditubuhkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

 

 

Stres Kerja, Doktor Boleh Mengadu Di Talian ‘Helpdoc’

Stres Kerja, Doktor Boleh Mengadu Di Talian ‘Helpdoc’

 

Hotline dikenali sebagai “Helpdoc” dilancarkan di sini semalam untuk mengambil aduan daripada doktor perubatan terutama doktor muda yang masih menjalani housemanship.

Ketika berucap pada majlis pelancaran, Presiden MMA, Dr. Ravindran R.Naidu berkata talian bantuan itu disediakan oleh MMA dan diuruskan oleh kakitangan persatuan untuk mengambil aduan daripada doktor.

“Kami mempunyai satu pasukan mengandungi empat kakitangan dari MMA, yang akan berkhidmat untuk doktor di hospital-hospital di seluruh negara, mereka akan menjawab panggilan, mendengar masalah mereka, dan merujuk mereka kepada kaunselor atau pakar psikologi yang berkelayakan. Talian itu mempunyai sistem sokongan 24 jam dan beroperasi sepenuhnya hari ini (semalam),” katanya.

 

Sementara itu, Dr. Ravindran ketika menerangkan lebih lanjut berkata, talian bantuan itu ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menjadi sumber sokongan untuk doktor pelatih menyesuaikan diri dengan profesion mereka.

Majlis pelancaran dilakukan oleh Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan, Datuk Azman Abu Bakar yang dalam ucapannya berkata kementerian akan bekerjasama rapat dengan MMA untuk menangani aduan yang diterima oleh persatuan.

Untuk doktor yang memerlukan bantuan, sila hubungi “Helpdoc” di talian 03-4041 1140. — BERNAMA

Sumber: Mynewshub



Sumber Stres Kerja, Doktor Boleh Mengadu Di Talian ‘Helpdoc’ Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top