Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Melihatkan notis muflis dengan nama Shaheizy Sam terpampang di akhbar baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai. Bagi mengelakkan hal ini berlarutan, Sam telah melantik ejen cukai ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyelesaikan perkara ini.

 

"Shaheizy Sam, sila hadir ke pejabat LHDN segera" - Pagawai Perhubungan Awam LHDN

“Shaheizy Sam, sila hadir ke pejabat LHDN segera” – Pagawai Perhubungan Awam LHDN

 

“Saya akan hantar peguam dan ejen cukai yang dilantik untuk selesaikan masalah ini di pejabat LHDN pada hari ini. Biarlah mereka yang bertanggungjawab menguruskan hal cukai saya dan selesaikan segalanya. Saya ada banyak perkara lain yang nak difikirkan”

“Tapi, Insya-Allah kalau saya tak ada kerja yang perlu dilakukan, mungkin saya juga akan ikut sekali. Isu ini bukan sahaja menganggu kehidupan harian saya tetapi telah memberi kesan kepada perniagaan yang sedang dijalankan”

Terkilan dengan tindakan LHDN, Sam meluahkan rasa sedih apabila perniagaan yang baru dibinanya terkesan dengan hal ini apabila sesetengah pihak mengatakan beliau sudah muflis. Sebelum ini juga, pelakon, Nelydia Senrose juga pernah menerima nasib yang sama seperti Sam.

“Apabila pihak lain membaca notis tersebut di surat khabar, sudah pasti mereka percaya apa yang mereka baca. Mereka akan fikir yang saya sudah muflis dan tidak mahu menjalankan urus niaga dengan saya lagi. Sedangkan masalah bankrap masih jauh lagi,” katanya kepada m Star Online.

Bagaimanapun Pagawai Perhubungan Awam, LHDN, Masrun Maslim enggan memberikan sebarang kenyataan balas mengenai perkara itu. Tetapi meminta Sam untuk hadir ke pejabat LHDN bagi menyelesaikan perkara terbabit. 

Sumber: Rotikaya

 



Sumber “Shaheizy Sam, sila hadir ke pejabat LHDN segera” – Pagawai Perhubungan Awam LHDN Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top