Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan isu hangat melibatkan pelakon Aliff Aziz dan Afifah Nasir yang dikatakan keluar berdua ke pusat karaoke, tambah mengeruhkan keadaan apabila Aliff Aziz bertindak mengasari isterinya Bella yang masih di dalam pantang.
Setelah dua minggu mendiamkan diri, Afifah Nasir dalam satu sidang media hari ini menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Beliau juga mengakui kesilapan dan meminta maaf.
Akui kesilapan benarkan si dia pegang tangan
Afifah Nasir memohon maaf di atas apa yang berlaku dan tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi kerana beliau dan Aliff Aziz masih mempunyai shooting yang perlu diteruskan. Beliau juga mendakwa mempunyai hak untuk menjelaskan keadaan.
Apabila ditanya sama ada beliau memaafkan Bella Istillah, Afifah Nasir berkata beliau faham dengan keadaan isteri Aliff yang masih di dalam pantang dan tidak bersalah dalam soal ini.
Saya ingin meminta maaf
Tetapi apabila ditanya sama ada beliau sedia memaafkan Aliff Aziz, Afifah Nasir enggan memberikan sebarang komen.
Saya ada banyak bukti bukti termasuklah bukti perbualan tetapi sejujurnya saya tidak mahu keluarkan bukti bukti tersebut kerana tidak mahu keruhkan keadaan selain membuka aib sesiapa,
Saya akui kesilapan saya membenarkan si dia (Aliff Aziz) memegang tangan saya, dengan itu saya ingin meminta maaf
Kami difahamkan rakaman perbualan yang didakwa Afifah Nasir hanya ditunjukkan kepada wartawan yang hadir ke sidang media tersebut.
sumber : Oh Bulan
Sumber “Saya akui kesilapan saya benarkan Aliff pegang tangan saya, saya minta maaf” – Afifah Nasir Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar