Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Produser filem dan pelakon Datuk Hans Isaac menolak khabar angin pertunangannya dengan model Gabrielle Robinson sudah berakhir.

 

"Saya akan minta Gabby untuk jelaskan kepada media dalam masa terdekat" - Dakwaan putus tunang, ini jawapan Hans Isaac

“Saya akan minta Gabby untuk jelaskan kepada media dalam masa terdekat” – Dakwaan putus tunang, ini jawapan Hans Isaac

 

 

Hans, 46, berkata, dia terkejut dengan perkara itu selepas menerima mesej daripada pihak media yang ingin mengetahui perkembangan status pertunangannya.

“Saya terkejut dengan mesej WhatsApp dan missed call daripada media hari ini yang bertanyakan tentang perkara ini.

“Kami masih bersama, saya sudah minta Gabby (Gabrielle) untuk beri kenyataan kepada media dalam masa terdekat, maaf saya sibuk dengan mesyuarat,” ujarnya dalam satu kiriman mesej kepada mStar Online.

 

Hans diminta mengulas khabar angin dia dan tunangnya sudah berpisah selepas kedua-dua mereka menghapuskan gambar-gambar bersama di Instagram sejak beberapa hari lalu.

Gabrielle dan Hans mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu.

Sementara itu, Gabrielle menerusi aplikasi WhatsApp menjelaskan bahawa akaun Instagram tersebut adalah atas urusan kerja semata-mata.

Tambahnya, dia telah membuka sebuah akaun peribadi baharu untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat.

“Saya ambil keputusan untuk bukan akaun peribadi baharu untuk keluarga dan rakan-rakan. Akaun lama hanya untuk tujuan kerja sahaja.

“Saya perlu mengasingkan urusan kerja dengan peribadi,” ujarnya.

Pasangan itu  bertunang pada 29 Januari lalu di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.

Mereka yang sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lepas menunda kepada satu tarikh lain atas alasan tidak dinyatakan.

Sumber: Mstar



Sumber “Saya akan minta Gabby untuk jelaskan kepada media dalam masa terdekat” – Dakwaan putus tunang, ini jawapan Hans Isaac Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top