Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KUALA LUMPUR – Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn. Bhd. (Suntory) menarik balik semua produk kordial minuman Ribena dalam semua saiz dan perasa buat sementara waktu berkuat kuasa serta-merta pada 12 Ogos 2017.

 

 

Sah! Produk Ribena ditarik balik buat sementara waktu berkuatkuasa 12 Ogos 2017

Sah! Produk Ribena ditarik balik buat sementara waktu berkuatkuasa 12 Ogos 2017

 

Berdasarkan satu kenyataan rasmi, Suntory menjelaskan bahawa penarikan semula itu dibuat kerana satu ralat yang dijumpai ketika membuat pemeriksaan rutin di kilang pembuatannya di Shah Alam.

Pihak itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci apakah ralat yang dimaksudkan.

Sehubungan itu, pihak Suntory telah memberhentikan penghantaran semua produk kordial Ribena dari kilang tersebut kepada semua rakan dagang mereka di seluruh Malaysia.

 

Cubaan Mynewshub untuk menghubungi Suntory berhasil, namun jurucakapnya meminta agar diberi masa 24 jam untuk memberi keterangan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Bagaimanapun, hanya kesemua produk yang mempunyai tarikh luput seperti yang disenaraikan akan ditarik semula bagi tujuan keselamatan pembeli.

Berikut merupakan senarai produk yang ditarik balik dari pasaran buat sementara waktu mengikut tarikh luput pada pek:

1. Ribena Kordial Blackcurrant
Tarikh Luput : Mei hingga Ogos 2018

2. Ribena Kordial Blackcurrant & Glukosa
Tarikh Luput : Mei hingga Ogos 2018

3. Ribena Kordial Blackcurrant & Strawberi
Tarikh Luput : Februari hingga Mac 2018

4. Ribena Kordial Blackcurrant & Blurberry
Tarikh Luput : Februari hingga Mac 2018

5. Ribena Kordial Blackcurrant & Epal
Tarikh Luput : April hingga Mei 2018

Dalam pada itu, pihak Suntory juga memberi jaminan bahawa kesemua produk keluaran mereka dengan tarikh luput selain daripada yang disenaraikan adalah selamat dan tidak terbabit dengan penarikan semula.

Pada masa yang sama, Suntory berkata, mereka akan menyelesaikan isu tersebut dengan efektif dan segera serta akan memaklumkan semula kepada pelanggan sebaik sahaja pihak itu menyambung semula proses pengilangan dan penghantaran stok.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber Sah! Produk Ribena ditarik balik buat sementara waktu berkuatkuasa 12 Ogos 2017 Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top