Keputusan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kira-kira 12.40 tengah malam selepas RUU itu dibacakan kali ketiga oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri.
Terdahulu, RUU itu dibentangkan Azalina untuk bacaan kali kedua dan dibahaskan oleh anggota Parlimen selama lebih tiga jam dan digulung oleh Azalina selama sejam.
BACA: Parlimen hentikan jam untuk bahas isu tukar agama
Dalam penggulungan perbahasan itu, Azalina berkata pindaan itu bertujuan memberi ruang kepada pasangan yang berkahwin dan telah memeluk agama Islam atau salah seorang dari pasangan itu yang masih berada dalam agama Islam untuk memfailkan petisyen pembubaran perkahwinan di mahkamah sivil.Katanya, ia bagi mengelak tindakan oleh sama ada suami atau isteri yang tidak mahu menamatkan sesuatu perkahwinan tetapi tidak menjalankan tanggungjawab terhadap pasangannya, anak-anak atau harta mereka.
"Maknanya dia ada pilihan, seseorang yang masuk Islam memang terikat dengan undang-undang keluarga Islam, itu hak dia, tetapi ini soal bagi keluarga yang ditinggalkan olehnya, tak kan hendak dibiarkan terkapai-kapai.
"Saya belum kahwin pun saya marah, tiba-tiba lari, tidak mahu bayar nafkah, menggunakan Islam sedangkan Islam itu agama yang bertanggungjawab.
"Tak kan dia masuk Islam kemudian lari dari tanggungjawab menjaga pasangannya dan anak-anaknya, itu mana boleh," katanya.
Tegas Azalina, pindaan itu tidak menafikan hak seseorang itu di Mahkamah Syariah sebaliknya menggalakkan seseorang itu supaya bersikap lebih bertanggungjawab untuk menceraikan pasangannya di Mahkamah Sivil.
Sebelum ini, Azalina dalam satu kenyataan menjelaskan pindaan itu juga dibuat bagi memastikan tiada mana-mana pihak mencabar kesahan undang-undang itu di bawah Fasal (1) Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.
"Kerajaan serius dalam membuat pindaan terhadap undang-undang ini demi menjaga keharmonian rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini, di samping memastikan tuntutan seperti hak jagaan dan nafkah anak-anak sehingga ke peringkat pendidikan tertinggi adalah terpelihara dan terjamin," katanya.
-- BERNAMA
Sumber RUU Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 dilulus Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar