Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hari ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menerima penjelasan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.
Bagaimanapun katanya, Pas melihat ada keperluan untuk parlimen memantau aset 1MDB yang diambil alih Kementerian Kewangan.
“Apabila aset itu diambil kementerian, kita bimbang ia akan cetuskan masalah baharu jika tak dikawal. Kita harap isu sebegini mesti dipantau terus melalui parlimen.
“Kementerian Kewangan dan menterinya perlu laporkan pada parlimen supaya ahli-ahli parlimen dapat ikut setiap perkembangan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas sesi meja bulat Pas mengenai isu 1MDB, di sini, hari ini.
Selain Arul Kanda, meja bulat itu turut dihadiri Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa wakil dari universiti tempatan.
Tuan Ibrahim berkata, 1MDB juga perlu diberi peluang untuk selesaikan semua hutang yang ditanggung.
“Kelewatan menjelaskan hutang menyebabkan kadar faedah terus bertambah. Untuk faedah sahaja telah mencecah US$1.9 bilion setahun.
“Bagi kita, pelan rasionalisasi 1MDB berada di landasan betul. Kita harap tiada campur tangan politik yang menggangu pelan dikemukakan Arul itu,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, Pas tetap dengan cadangannya sebelum ini agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu 1MDB.
“Dengan penuh rasa hormat kepada semua agensi penguatkuasaan di negara ini iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara, kita lihat RCI perlu ditubuhkan juga.
“Ia sebagai jalan keluar kemelut 1MDB di mana kerajaan perlu ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Dalam masa sama negara tidak terbeban dengan hutang yang dibuat oleh 1MDB,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Sumber PAS puas hati dengan penjelasan 1MDB Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar