"Mana-mana wanita pun akan meroyan " - Rozita Che Wan
Apabila kes rumahtangga Aliff Aziz menjadi viral, ramai yang memberi komen dan pandangan di laman media sosial.
Antara status dalam laman sosial yang menjadi perhatian ialah caption dari Rozita Che Wan.
Minggu lepas Che Ta ada menulis di alaman Instagram miliknya:
“Tiba-tiba keluar pula cover topik ni. Muda atau tua tak penting..yang penting jangan rembat laki orang...betul tak? kita memang la jaga laki kita, tapi syaitan juga berleluasa... harap-harap jangan la siapa pula dok rembat laki kami oii...”
Komen dari Che Ta itu memang menjadi viral dan dipersetujui orang ramai.
Bagi Che Ta pula, dia ada jawapannya sendiri dan mengakui tidak berniat menujukan kata-kata itu pada sesiapa.
Bagi Che Ta, dia memang pantang kalau gadis muda duduk bertenggek pada suami orang. Katanya, mereka sebagai wanita seharusnya memahami hati dan perasaan wanita bergelar isteri.
Ini penjelasan dari Che Ta:
“Saya tiada niat nak perli siapa-siapa pun. Cuma masa cover Metro Ahad dan kapsyen saya kebetulan keluar pada waktu cerita Aliff-Bella tengah panas,”
“Mana hati dan perasaan mereka sebagai wanita? Mereka belum kahwin dan belum rasa hak sendiri tercabar. Mereka tidak tahu macam mana luluhnya hati seorang isteri.
“Apatah lagi dalam situasi yang berlaku baru-baru ini, Bella dalam pantang, baru 20 hari melahirkan anak. Mana-mana wanita pun akan meroyan tetapi hati si isteri sungguh mulia, sanggup memaafkan suami,”
Che Ta berkahwin dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.
Sumber: Rotikaya
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar