Ibu bapa seorang murid yang ditemui mati tergantung menyaman sekolahnya kerana menyembunyikan kisah mangsa dibuli.
Laporan CNN mengatakan beberapa rakaman CCTV menunjukkan tanda-tanda Gabriel Taye, 8 dibuli dan dikhuatiri sebagai punca mangsa membunuh diri.
Gabriel ditemui mati tergantung di bilik tidurnya, Januari lepas.
Detektif yang memeriksa rakaman CCTV menyaksikan mangsa dibuli dengan teruk dan ‘berpotensi menjadi kejadian jenayah’.
Sekolah tersebut, Carson Elementary School terpaksa menyiarkan rakaman tersebut kepada umum dan mendakwa ‘ia tidak semestinya bermakna mangsa dibuli’.
Rakaman tersebut menunjukkan mangsa bersalaman dengan seorang murid di dalam tandas dan kemudian pengsan.
Mangsa yang terbaring di lantai tandas tidak dihiraukan oleh majoriti murid lain sebelum beberapa orang dewasa memasuki tandas dan membangunkan mangsa.
Sekolah tersebut kemudian menelefon ibu bapa mangsa dan mangsa dibawa ke hospital.
Peguam, Jennifer Branch mengatakan sekolah memberitahu ibu mangsa bahawa mangsa pengsan tetapi tidak memberitahu mengenai kejadian yang berlaku di dalam tandas berkenaan.
“Ada budaya membuli di Carson Elementary School yang disembunyikan dari pengetahuan ibu bapa.
Sehingga kini, sekolah berkenaan menafikan sebarang dakwaan.
“Kami komited untuk memastikan keselamatan murid dan memastikan persekitaran yang positif untuk pembelajaran di sekolah,” kata kenyataan dari sekolah berkenaan.
Sumber Murid mati tergantung bunuh diri kerana dibuli, ibu bapa saman sekolah Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar