Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Bekas menteri besar Selangor mendakwa Umno “hidup berpura-pura” dan tidak mengenang jasa mereka yang pernah menyumbang.

Dr Khir Toyo (tengah) mengadakan sidang media di sebuah restoran tidak jauh dari pejabat parol Klang di Mutiara Bukit Raja, 27 Mei 2016. — Foto oleh Saw Siow Feng

Dr Mohamad Khir Toyo berkata Barisan Nasional dan Umno “tidak berani membuat penilaian sebenar, hidup dalam kepura-puraan mengenai persepsi rakyat.”

“Mereka beranggapan kekalahan Barisan Nasional Selangor pada 2008 kerana saya,” katanya di Facebook hari ini.

“Lalu mereka perlu singkirkan saya untuk memberi imej gemerlapan dan gemilang kepada BN Selangor. Saya dibicara dan dipenjarakan.”

Tanpa menyebut siapa yang dimaksudkan, bekas wakil rakyat Sungai Panjang itu dipercayai mengulas kenyataan dua pemimpin kanan Umno baru-baru ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Allah murka pada sikap pemimpin BN Selangor yang sombong dan berebut jawatan sesama sendiri.

“Selepas menang pada PRU11, kita terlalu selesa dan mendabik dada,” katanya seperti dilapor Bernama ketika merasmikan persidangan Umno Sabak Bernam.

 

“Pemimpin berebut harta, masing-masing hendak cepat kaya dan rakyat tengok gelagat kita, sebab itu Allah tarik nikmat pemimpin Selangor bila kita kalah dalam PRU12 dan PRU13.”

Selain Zahid yang membuat kenyataan umum hujung bulan lepas, setiausaha agung Umno semalam menyebut faktor Dr Mohamad Khir antara punca Selangor tewas.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui rakyat marah terhadap isu kuil dan anugerah penyapu menjelang pilihan raya umum (PRU) tersebut.

“Tapi, apabila beliau sudah tidak lagi menjadi menteri besar selepas itu, kenapa kita masih kalah pada PRU13?” katanya seperti dilapor Bernama.

“Saya minta kepada mereka (BN) cari punca kenapa ini berlaku, mesti ada sebab.”

Mengulas dalam coretan ringkas, Dr Mohamad Khir berkata BN juga tewas di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur pada 2008.

 

“Malangnya pada 2013, tanpa saya, BN Selangor kalah lagi teruk. BN rampas Perak dan Kedah, namun nyaris kalah di Terengganu,” katanya.

“Mereka bersorak menang besar di Sungai Besar. Sebelum pilihan raya kecil [2016] semua diminta bersatu dan membantu parti.

“Selepas menang, jasa dan sumbangan milik orang tertentu sahaja.”

Beliau berkata walau menang besar, jumlah undi calon Umno Budiman Mohd Zohdi hanyalah 16,800, merosot hampir 2,000 berbanding pilihan raya umum 2013.

“Jadi kuat di mana kita? Kuat hanya kerana pihak musuh berpecah, Jika esok mereka bersatu, apa strategi kita?” kata Dr Mohamad Khir lagi.

Doktor gigi itu dihukum penjara selama 12 bulan mulai September 2015 berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapat hartanah pada 2007.

Selepas dipenjara di Kajang, beliau menjalani parol sehingga 29 Mei tahun lepas.

Sumber: Projek MMO



Sumber “Mereka anggap BN kalah kerana saya, lalu mereka singkirkan saya.. Saya dibicara dan dipenjara” – Khir Toyo Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top