Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan pendapatan dalam sektor pelancongan di Langkawi akan mencecah RM9 bilion menjelang 2020, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azizan Noordin.

Katanya sasaran ini ditetapkan berdasarkan jangkaan pulau ini dapat menarik lima juta orang pelancong menjelang tahun berkenaan berbanding 3.67 juta orang yang dicatatkan tahun lepas.

"Ketibaan pelancong pada tahun lepas telah membolehkan Langkawi mencatatkan pendapatan kira-kira RM5.6 bilion," katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LADA di sini malam tadi.

Menurutnya sasaran ini terkandung di bawah Pelan Tindakan Pelancongan Langkawi 2.0, sebuah pelan pelaksanaan pembangunan industri pelancongan Langkawi bagi tempoh di antara 2016 dan 2020.

Perancangan ini, katanya, akan turut melibatkan lebih banyak lagi penganjuran acara-acara bertaraf antarabangsa di pulau ini.

Azizan berkata bermula tahun ini, LADA telah merancang untuk menganjurkan 35 acara pelancongan bertaraf antarabangsa yang antaranya termasuk pameran kereta klasik, Bola Tampar Siri Jelajah Dunia dan festival motosikal berkuasa tinggi.

Selain itu LADA juga telah berjaya dalam bidaannya untuk menjadi tuan rumah acara promosi pemasaran kembara Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA Travel Mart) pada tahun depan.

"Kejayaan-kejayaan menganjurkan acara-acara ini amat bergantung kepada komitmen kakitangan LADA dan kerjasama dengan pihak-pihak lain," katanya.

Beliau meminta petugas LADA untuk terus memberikan komitmen mereka bagi mempertingkatkan lagi produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

Dalam majlis itu, beliau telah menyampaikan APC kepada 27 orang petugas LADA yang telah berjaya menunjukkan kecemerlangan dalam menjalankan tugas mereka sepanjang 2016.

--BERNAMA



Sumber Menjelang 2020 pendapatan pelancongan Langkawi bakal cecah RM9 bilion Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top