Seorang pelajar lelaki warga Nigeria maut akibat tercekik, selepas menyertai pertandingan makan roti di sebuah hotel di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata pelajar sebuah kolej di Selangor yang dikenali sebagai Borokinni, 32, tiba di hotel itu bersama dua rakannya pada jam 6.30 petang semalam.
Katanya, mereka bertiga menginap di hotel itu sebelum menyertai pertandingan yang diadakan pada majlis hari jadi rakan mereka kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
“Sebaik selesai pertandingan, mangsa terus ke belakang dewan lalu muntah dan tidak sedarkan diri, menyebabkan rakan lain membawanya ke Hospital Port Dickson, di sini.
“Doktor kemudian mengesahkan mangsa mati akibat ‘Asphyxia Secondary To Choking’ atau lemas akibat tercekik,” katanya di sini, hari ini.
Zainudin berkata, mayat mangsa sudah dibedah siasat dan masih belum dituntut ahli keluarga.
>>>>>>>>>>
Caption – Pelajar warga Nigeria, Borokinni, maut akibat tercekik, selepas menyertai pertandingan makan roti di majlis hari jadi di sebuah hotel di sini, awal pagi tadi.
Sumber Mati kerana lemas tercekik roti di Port Dickson selepas sertai pertandingan makan roti Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar