KOTA BHARU: Ketua jurulatih FELDA United, B Sathianathan menyalahkan kualiti padang menjadi punca skuad kendaliannya gagal menewaskan Kelantan dalam aksi Liga Super, malam tadi.
Katanya, kualiti padang di Stadium Sultan Muhammad IV perlu segera dipulihkan kerana ia menjejaskan permainan sesebuah pasukan yang menerapkan corak hantaran berpasukan.
“Dulu, Kelantan memang satu tempat yang susah untuk menang tetapi sekarang keadaan mereka menjadi tidak selesa jika bermain di tempat sendiri.
“Antara punca adalah padang… tolonglah baiki padang itu dulu kerana ia tidak sesuai dengan permainan pasukan Kelantan dan mana-mana pasukan yang mengamalkan permainan corak hantaran berpasukan.
“Dulu semasa saya bimbing Kelantan, saya ingat padang mereka antara yang terbaik dalam Malaysia tetapi sekarang ini, saya ingat kalau bawa lembu pun tak nak dengan padang macam ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.
Sehubungan itu, Sathianathan menggesa pihak pengurusan pasukan Kelantan meneliti semula kualiti padang dan memanfaatkan rehat sebulan lebih untuk memperbaiki padang berkenaan.
“Sekarang baru saya tahu kenapa Kelantan asyik kalah di tempat sendiri dan salah satunya adalah padang… kalau padang macam ini, ramai pemain boleh cedera dan saya fikir Badhri Radzi (Piya) dan lain-lain cedera disebabkan oleh padang.
“Kita kena jaga padang itu, baharu kita dapatkan permainan yang cantik, jadi saya harap pihak terbabit tolonglah ambil masa rehat tiga, empat minggu selepas ini untuk baiki padang,” katanya.
Ditanya mengenai punca lain menyebabkan pasukannya gagal membawa pulang tiga mata penuh, beliau menyifatkan keletihan pemain turut menjadi punca, sekali gus mereka banyak melakukan kesilapan dan gagal bangkit pada separuh masa kedua.
“Saya tak mahu salahkan pemain, mereka sudah buat yang terbaik… mungkin faktor lain adalah kepenatan,” katanya.
FELDA United dan Kelantan terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas terikat 1-1.
Sumber: Bharian
Sumber “Lembu pun tak nak padang macam ni” – Felda United kalah, B Sathianathan salahkan kualiti padang Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar