DIA tidak akan mengalah. Dia akan terus memperjuangkan hak dan mengaku tidak bersalah. Paling penting sekarang, dia mahu segera memperjelaskan kepada semua orang yang klip video yang memaparkan kelakuan jijik itu adalah palsu!
Sesungguhnya, pelakon drama bersiri Famous In Love ini langsung tidak gentar.
Biarpun ada pihak mendakwa wajah Bella Thorne sangat mirip seperti wanita dalam sebuah klip video seks yang kini beredar di kalangan khalayak, dia memberi alasan tidak akan sebodoh itu menggadaikan maruah diri ketika nama berada di kemuncak.
“Saya tidak pernah takut untuk berkata benar dan mempertahankan hak. Jadi anda di luar sana, bersuaralah jika anda dianiaya oleh pihak tidak bertanggungjawab,” tegas Thorne berhubung dilema sedang dihadapi.
Segelintir pihak percaya terhadap kewujudan klip video seks berkenaan selepas mengaitkan gaya hidup sosial dan pemakaian mencolok mata Thorne setiap kali muncul di khalayak.
Dalam pada masa yang sama, Thorne tidak pernah mengambil kisah pandangan peminat terhadap cara pemakaian seksi dirinya. Ini kerana penampilannya itu dilakukan atas dasar kerja semata-mata.
“Saya masih muda, perjalanan juga masih jauh. Memang ada pihak yang kurang senang dengan cara ini tapi saya tidak akan hipokrit pada diri sendiri,” ujarnya.
Sebelum ini menafikan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan personaliti televisyen Scott Disick dan penyanyi Charlie Puth. Apa yang difikirkan hanya fokus kepada memantapkan namanya untuk sebaris dengan bintang gred A di Hollywood.
Sumber: Utusan Online
Sumber Klip video seks, Thorne mahu bersih nama Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar