Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Kerajaan Pulau Pinang sepatutnya menunjukkan sikap positif dengan menggerakkan kesemua jabatan dan agensi kerajaan negeri untuk memasang bendera Malaysia di bangunan-bangunan mereka sepanjang bulan kemerdekaan ini. — Foto failKerajaan Pulau Pinang sepatutnya menunjukkan sikap positif dengan menggerakkan kesemua jabatan dan agensi kerajaan negeri untuk memasang bendera Malaysia di bangunan-bangunan mereka sepanjang bulan kemerdekaan ini. — Foto failBUKIT MERTAJAM, 14 Ogos Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menegur kepimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana ‘bersikap dingin' dalam mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata kerajaan negeri sepatutnya menunjukkan sikap positif dengan menggerakkan kesemua jabatan dan agensi kerajaan negeri untuk memasang bendera Malaysia di bangunan-bangunan mereka sepanjang bulan kemerdekaan ini. 

Hari Kemerdekaan ini disambut secara bersama dan ia merentasi sempadan politik. Ketepikan soal itu (politik), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Mymerdeka di Pasaraya Mydin di sini, semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.

Sementara itu, Mohd Zaidi turut melahirkan rasa kecewa dengan sambutan dingin pihak kerajaan negeri dalam menzahirkan semangat patriotisme sempena bulan kemerdekaan ini.

Sebagai rakyat negeri ini, sememangnya saya berasa kecewa kerana saya lihat di sepanjang laluan-laluan utama, bangunan-bangunan kerajaan negeri seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan pejabat-pejabat daerah seolah-olah sepi dan semangat kemerdekaannnya tidak dirasai oleh pucuk pimpinan mereka.

Mereka (kerajaan negeri) seolah-olah tidak mahu menggalakkan rakyat untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan, katanya.

Beliau berkata Hari Kemerdekaan adalah milik semua rakyat Malaysia tidak mengira apa jua bangsa dan fahaman politik kerana mereka terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.

Program MyMerdeka merupakan program jelajah anjuran Jabatan Penerangan Malaysia yang bertujuan menyampaikan informasi kenegaraan dalam bentuk hiburan bermaklumat di pasaraya-pasaraya Mydin terpilih yang juga merupakan rakan strategik bagi program berkenaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Antara agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang terlibat ialah Radio Televisyen Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia. Bernama



Sumber Kerajaan Pulau Pinang ditegur ‘bersikap dingin’ kibar Jalur Gemilang Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top