Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Izreen Azminda Pasrah Sekiranya Jodoh Adalah Suami Orang

Setelah sekian lama pelakon terkenal Izreen Azminda menyepi dan sibuk dengan dunia lakonannya. Baru-baru ini, Izreen dengan berani telah mengeluarkan kenyataan untuk berkahwin lagi.

Izreen, ibu kepada Muhammad Adrian Umar, 4 tahun memberitahu mStar bahawa dia tidak menolak jika satu hari nanti ditemukan dengan lelaki berstatus suami orang.

Tak salah suami orang jika mampu

Izreen Azminda Tak Tolak Jodoh Suami Orang

Saya tak nak kata tidak pada suami orang. Takut nanti apa yang kita tak nak itu yang Allah akan berikan

Tak pasal-pasal apa yang kita cakap berbalik kepada kita sendiri pula

Cuma, apa yang boleh saya katakan jika lelaki itu mampu, tak salah untuk dia nak kahwin lain sebab sememangnya mereka boleh ada empat orang isteri

Izreen menjelaskan dia tidak mahu mengatakan ‘tidak’ pada suami orang kerana risau berbalik kepada diri sendiri. Tambahnya lagi, tidak salah jika lelaki itu mampu dari segi kewangan dan boleh berlaku adil terhadap wanita yang dikahwini.

Tumpu masa bersama anak

Izreen Azminda Tak Tolak Jodoh Suami Orang

Buat masa ini saya tidak terfikir untuk mencari pasangan lagi. Memang teringin nak kahwin tapi banyak lagi perkara yang saya perlu dahulukan

Baru-baru ini anak saya dijangkiti H1N1 dan ditahan wad selama empat hari dan apa yang berlaku membuatkan saya perlu ada dengan dia setiap masa

Sebab itu, biarlah saya uruskan anak dan jika ada jodoh, insyaAllah saya akan berkahwin sekali lagi

Menurutnya lagi, dia tidak terdesak dan perlu berhati-hati untuk mencari pasangan hidup. Sekarang dia lebih tertumpu kepada puteranya dan dia percaya pada jodoh.

Izreen Azminda Tak Tolak Jodoh Suami Orang
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top