Ibu bapa dan netizen ‘naik angin‘ selepas mendakwa sebuah sekolah rendah di Hulu Langat mengasingkan gelas minuman untuk pelajar Islam dan bukan Islam.
Gelas yang ditanda ‘murid Islam’ dan ‘murid bukan Islam’ itu diletakkan bersebelahan dengan dispenser air.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Chong Sin Woon menegaskan bahawa “sekolah kebangsaan adalah untuk semua rakyat Malaysia dan tidak boleh memisahkan anak-anak kita berdasarkan agama.”
Jelasnya, beliau akan mengarahkan Jabatan Pelajaran Selangor menyiasat perkara tersebut.
Terdahulu, anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai, Satees Muniandy memuat naik gambar di Facebook membantah polisi di sekolah itu.
“Inilah yang akan berlaku di sekolah aliran tunggal. Orang bukan Islam diajar bahawa mereka berbeza dan tidak patut berkongsi cawan dengan pelajar Islam,” kata ahli politik pembangkang itu.
Sumber: Mstar
Sumber Ibu bapa naik angin sekolah asingkan cawan pelajar Islam dan bukan Islam Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar