Gambar Terkini Pelakon Zara Zya Selepas Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan
Zara Zya telah selamat menjalani pembedahan ketumbuhan kelenjar di bahagian pipinya bulan lepas.
Kini pelakon jelita ini telah berkongsi gambar keadaan dirinya kepada peminat.
Memang jelas parut di kawasan telinga pelakon tersebut akibat dari pembedahan itu.
Zara Zya memuatnaik gambar parut tersebut di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Namun, Zara Zya masih belum pulih sepenuhnya namun dia yakin akan kembali sihat selain berharap penyakit ini tidak akan datang semula.
Ini komen Zara Zya:
"Alhamdulillah, dah boleh gelak happy-happy dah. Ada sisa bengkak sikit saja lagi tapi jangan layan sangat. Saya anggap saya seratus-peratus dah sihat.
"Cuma kena rajin gerak-gerakkan muka je memandangkan saraf muka belum pulih sepenuhnya. Dugaan di mana saya belum mampu dapatkan reaksi sebenar,"
"Buat masa sekarang malas nak tengok cermin sangat. Saya reda dan yakin akan pulih. Semoga penyakit ini tidak akan kembali, amin,"
Zara kini sedang mengamalkan beberapa nasihat yang disarankan peminat seperti mengunyah gula-gula getah sebagai senaman untuk saraf muka.
Imbas kembali, pada awal Julai lalu, Zara Zya telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya.
Ketumbuhan pada mulanya hanya kecil sahaja namun ianya semakin membesar sebelum dia mengambil keputusan untuk membuangnya kerana boleh mengakibatkan kanser. Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar