Isteri penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Siti Arifah Amin atau Joy Revfa meminta orang ramai menghentikan hinaan dan cacian kononnya dia masih isteri orang ketika berkahwin dengan penyanyi itu pada 1 Mei lalu.
Joy, 33, berkata, dia yakin perkahwinan yang dibina lebih tiga bulan itu adalah sah di sisi agama dan dirinya telah diabaikan serta digantung tidak bertali sejak 23 Mei lalu.
“Selama ini saya diam, saya tidak salahkan keluarga kerana wajar keluarga saya bersuara dan turut campur tangan kerana mereka melihat penderitaan dan tangisan saya selama ini.
“Tolong hentikan hinaan dan cacian anda terhadap saya bahawa saya masih isteri orang ketika berkahwin dengan dia (Hafiz). Kepada yang menghina dengan menuduh saya pelacur dan anak saya adalah anak haram, saya maafkan,” ujarnya.
Joy menerusi laman Instagram miliknya memberi reaksi kepada kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membenarkan pernikahan itu selepas bekas suaminya iaitu Ray Imran, mengemukakan surat akuan bercerai pada 2015.
Menerusi laporan dalam sebuah portal berita itu, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim berkata, isu itu hanya timbul apabila Ray Imran gagal mengemukakan sijil perceraian dari pejabat agama Islam di Songkhla, Thailand tempat di mana mereka bernikah.
Joy telah ke Songkhla untuk menguruskan perkara berkenaan, namun gagal kerana ia seharusnya dimohon oleh bekas suami.
Akibat ketiadaan sijil perceraian itu Joy terpaksa membuat permohonan taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan iaitu 13 Julai lalu.
Bagaimanapun, jika bekas suaminya mendaftarkan perceraian berkenaan, tarikhnya mengikut hari beliau melafazkan talak iaitu pada 2015.
Dalam pada itu, Joy berkata, dia akan mendedahkan siapa yang menasihatinya untuk membuat permohonan cerai taklik berkenaan sehingga mengheretnya dalam kemelut rumah tangga tersebut.
Sumber: MStar
Sumber Disamakan dengan pelacur dan tuduh anaknya anak haram, Joy Revfa mohon hentikan hinaan Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.