PELAKON Azwan Kombos, 32, yang membuka akaun Instagram @aeffection.jr untuk cahaya mata sulungnya yang belum lahir tidak peduli dengan kritikan netizen.
Azwan berkata, idea itu muncul berikutan rasa teruja untuk menyambut kelahiran anak pertamanya itu bersama isterinya juga pelakon, Ezzaty Abdullah.
“Isteripun tidak tahu saya buka akaun instagram ini. Memang saya ada beritahu dia namum selepas akaun ini diwujudkan barulah dia tahu saya serius.
“Banyak juga reaksi tidak menyenangkan apabila ada yang mempersoalkan kenapa tergesa-gesa padahal bayi belum lahir. Namun saya sudah fikir masak-masak.
“Niat ini sudah lama saya pendam bahkan sebelum Ezzaty hamil lagi. Saya mendapat inspirasi daripada Instagram anak selebriti lain termasuklah Lara Alana” katanya.
Bagi Azwan, tindakannya itu tidak salah apatah lagi ia demi kebaikan anaknya juga nanti.
“Saya lihat perkara ini daripada sudut positif. Saya mahu kongsi detik indah kelahiran anak saya. Lagi pun, bukanlah terlalu kerap kami muat naik perkembangannya.
“Kami mahu anak kami nanti dapat melihat sendiri perjalanan hidupnya dan kami serahkan akaun berkenaan kepadanya,” katanya.
Pasangan berkenaan berkahwin pada Julai tahun lalu dan anak yang belum diketahui jantina itu dijangka lahir pada Disember nanti.
Sumber: Harian Metro
Sumber Dikritik kerana buka IG anak yang masih dalam perut, Azwan Kombos tak peduli Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.