Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata akta tersebut juga bertujuan meningkatkan peranan yang dilaksanakan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) sebelum ini menerusi kerjasama pelbagai agensi dengan bilangan anggota terlibat menjadi lebih besar.
"Tanpa menambah perjawatan baharu dan tanpa menambah belanjawan baharu, kita mempertingkatkan kawalan keselamatan sempadan negara dengan melakukan 'redeployment', dengan menyerap masuk anggota UPP dan Pasukan Gerakan Am (PGA) ke dalam Aksem ini.
"Ertinya semua 933 anggota yang dahulunya di bawah UPP digabungkan bersama dengan PGA dengan keseluruhan pasukan Aksem kini seramai 10,800 orang anggota tanpa melibatkan kos baharu,"katanya ketika menggulung perbahasan RUU tersebut di Dewan Rakyat hari ini.RUU itu dibentangkan bagi bacaan kali kedua hari ini dan diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat menerusi undian suara.
Pembentangan akta itu antara lain bertujuan untuk melibatkan kerjasama lima agensi penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Malah, kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga akan ditambah bagi meningkatkan kekuatan agensi tersebut.
Beliau turut memberi jaminan tidak akan berlaku pertindihan tugas di antara semua agensi terlibat mahupun pelanggaran akta sedia ada.
"Kita akan membuat putaran kerja setiap tiga bulan agar setiap bulan kita ada pegawai baharu yang bertugas di sempadan untuk menguatkan lagi penguatkuasaan undang-undang persempadanan darat,"katanya.
-- BERNAMA
Sumber Dewan Rakyat lulus Rang Undang-undang Aksem Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar