Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Dalam tak sedar rupanya dah jadi salah seorang penghidap kencing manis, cuba tengok tanda-tanda ni ada pada anda tak?

Dalam tak sedar rupanya dah jadi salah seorang penghidap kencing manis, cuba tengok tanda-tanda ni ada pada anda tak?

Foto: readerdigest

Kita sering kali diingatkan mengenai kencing manis atau diabetes yang mana banyak kisah, perkongsian juga cerita sama ada dari pakat atau netizen sendiri. Ia sedikit sebanyak membuka mata akan pentingnya menjaga kesihatan.

Namun begitu, dalam sedar tak sedar, bila membuat rawatan atau ‘medical checkup’ masih ramai di antara kita yang tidak tahu akan dirinya menghidapi kencing manis.

Mengapa boleh jadi sebegitu?

Menerusi perkongsian dari Harima Abd Rahman yang mana telah didedahkan akan perkara ini, dia kongsikan akan simptom-simptom kencing manis yang harus diambil tahu oleh semua orang.

Tahukah anda?

Dalam kajian National Health Morbidity Survey (NHMS) bawah KKM terbaru, prevalance untuk penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus) di negara kita pada tahun 2015 ialah 17.5%. Meningkat lebih kurang 2% dari tahun 2011 dan 6% berbanding 10 tahun lepas.

Maknanya, peningkatan prevalance penyakit kencing manis dalam sepuluh tahun Malaysia lebih 3% dari peningkatan prevalance kencing manis di peringkat global.

Lebih parah lagi, dalam kajian terbaru ini dari 17.5% orang yang kena kencing manis ni, lebih separuh daripadanya (9.2%) tak tahu pun dia ni ada kencing manis. Apa cerita?

Kencing manis antara penyakit yang menyumbang kematian tertinggi dalam negara kita. Campur pula dengan komplikasi yang sangat tak selesa seperti kena potong kaki dan rosak buah pinggang. Tapi, orang kita boleh steady je tak tahu yang dia ada kencing manis.

Jadi, sementara saya tengah semangat lagi ni lepas kena basuh masa kursus dua hari lalu, saya kongsi la sikit sikit simptom simptom yang menjurus ke arah penyakit kencing manis.

Foto: menhealth

1. Selalu rasa nak kencing

Seorang orang normal, dalam 24 jam tu biasa akan kencing lebih kurang enam hingga tujuh kali saja. Tapi kalau kau kena kencing manis, kadar kau rasa nak kencing akan lebih daripada tu.

Biasa biasa, buah pinggang akan serap balik glukosa (gula) ke dalam badan bila setiap kali dia tapis. Dah sebab gula kat dalam badan tu dah banyak, buah pinggang tak daya nak serap balik gula tu ke dalam badan bila setiap kali tapis. Akibatnya, urin akan dibikin dan akan buat kau rasa nak kencing.

Tak hairan la, bila kau ada kencing manis, sekejap sekejap nak kencing, sekejap sekejap nak kencing. Lagi bertambah geram bila rasa nak kencing tu masa tengah bawak kereta, tapi orang kat depan kau tu bawak slow nak mampus.

2. Cepat dahaga

Bila banyak kali kau buang air, air dalam badan akan berkurang. Jadi secara automatik badan kau akan mendambakan air dan salah satu caranya ialah mengaktifkan sensor dahaga. Dan kau pun akan rasa nak minum air selalu.

Bila banyak minum air, nanti banyak pula kencing. Bila banyak kencing, banyak pula minum air. Begitulah nasib bila gula dalam darah banyak sangat.

3. Selalu cepat letih

Gula yang masuk dalam badan kita tu sebenarnya akan digunakan sebagai tenaga. Tak semestinya kita kena ratah gula atau makan gula gula baru kita akan dapat gula. Makanan macam nasi yang kita makan tu pun akan bertukar kepada gula untuk dijadikan tenaga.

Tapi sebelum gula tu jadi tenaga, kau kena ada insulin dulu. Insulin ni macam teksi la dalam badan kita. Dia akan angkut gula tadi tu, kemudian dia bawak masuk ke dalam sel (cell) untuk dijadikan tenaga.

Biasanya orang kencing manis ni memang ada masalah dengan insulin. Sama ada insulin tidak cukup, atau insulin yang ada tu dah tak berapa nak power nak angkut gula (sebab insulin ni dah lama dah bekerja keras bila kau eksyen sangat makan manis banyak sangat minum air gas pulak sebelum sebelum ni).

Jangan ingat teksi kat dalam negara kita je yang bermasalah, ‘teksi’ dalam badan kau tu pun boleh jadi ada masalah juga. Bila dah insulin dah nak tak nak je angkut gula yang kau makan tu, sel dalam badan pun tak mampu hasilkan tenaga. Akibatnya, kau pun cepat letih.

Foto: wikihow

4. Cepat lapar

Bila badan kau cepat letih, kau pun mula jadi cepat lapar. Iya lah, tenaga dah tak ada. Jadi kau pun ambik keputusan untuk makan. Kerja dah la malas. Lepas tu makan banyak.

Sekejap sekejap makan, sekejap sekejap makan. Jika orang kata kau ada saka, mungkin betul juga. Saka kencing manis.

6. Mata jadi kabur

Antara satu komplikasi kencing manis ialah boleh menjejaskan sistem saraf. Bila peredaran darah (blood flow) kau dah tak cantik mana sebab gula banyak sangat, kadang kadang memang boleh buatkan sesetengah saraf tu boleh jadi rosak atau tak berfungsi dengan baik.

Contohnya macam saraf dekat mata. Bila dah tak berapa elok, maka mata kau akan jadi tak berapa sedap nak tengok. Kelabu la, gelap la.

Foto: woundcarecenter

7. Luka lambat sembuh

Untuk proses penyembuhan luka, peredaran darah yang baik adalah sangat penting untuk membantu penghasilan sel sel dan tisu tisu (tissues) baru. Macam saya kata tadi, peredaran darah bila kencing manis ni dah tak berapa nak okay. Jadi bila dah tak okay, proses penghasilan sel sel baru akan terbantut seterusnya menyebabkan luka yang sedia ada lambat nak sembuh.

Selain itu, ada juga cakap cakap bakteria akan lebih kuat bila berada dekat tempat tempat banyak gula. Sebab gula tu akan bagi lebih tenaga kat bakteria tu. Yang ni, wallahualam. Entah betul entah tidak. Malas pulak saya nak cek.

8. Mudah serban atau kebas

Serban ni bahasa Terengganu. Bukan yang pakai dekat kepala tu. Serban ni kebas la jugak. Sama.

Sama macam konsep saya cakap tadi. Peredaran darah yang tak cun akan mengganggu sesetengah fungsi saraf. Antaranya saraf peripheral. Saraf peripheral ni bila dah tak elok, boleh buat kita rasa kebas.

Jadi kalau asyik rasa kebas tu, beringat ingat la sikit.

9. Berat badan susut

Kalau kau ada kencing manis, sedikit sebanyak boleh buat engkau jadi kurus.

Apahal? Aku tak control makan pun. Hari hari aku baham burger macam biasa. Apahal pulak aku nak jadi kurus?

Ya, bos. Walau kau tak jaga makan pun, kencing manis boleh juga buat jadi kurus. Kenapa?

Sebab macam yang saya cerita tadi, badan kau dah tak boleh serap tenaga dari makanan yang kau makan kerana kurangnya insulin. Jadi badan kau akan bakar lemak dan juga otot yang kau ada untuk dijadikan tenaga. Boleh la sedikit sebanyak kau jalan kaki dan pergi sembahyang. Ini tak, Tuhan dah cipta elok elok untuk kasi kau tenaga, kau pergi dating dengan makwe. Lepas tu sembahyang tinggal.

Oh ya, berbalik kepada cerita asal. Secara tak langsung badan kau akan jadi kurus bila kau ada kencing manis. Tapi jangan la gembira sangat. Ini kurus yang tak sihat. Kurus yang mampu membawa kau ke lembah kehancuran.

Saya rasa setakat tu saja pengetahuan saya mengenai kencing manis sikit sikit. Ini pun dah panjang dah ni saya tulis. Jika anda mengalami simpton simpton yang saya sebut ni, elok kau pergi ke klinik berdekatan ke, farmasi berdekatan ke untuk cek kau punya kencing manis.

Bila dapat tahu awal, mudah la kau nak mengawalnya supaya tak berlaku komplikasi yang tak diingini macam kena potong kaki. Mana rock beb, kena potong kaki sebab kencing manis.

Sekian saja dari saya, saya petik kata kata Dr Pakar Kesihatan Keluarga dekat klinik saya, “Diabetic who know the most, will live longer.”

Assalamualaikum.

Sang Harima Abd Rahman
Bekas AJK Hari Keluarga (unit hadiah). KK Marang.

Via: SK


Sumber Dalam tak sedar rupanya dah jadi salah seorang penghidap kencing manis, cuba tengok tanda-tanda ni ada pada anda tak? Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top