Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Hasrat seorang wanita ingin berbelanja di sebuah butik pakaian terbantut apabila jadi mangsa ‘seluk’ dua wanita warga asing dalam kejadian di pusat beli belah Suria KLCC, baru-baru ini.

 

 

CCTV dedah taktik licik dua wanita warga asing menyeluk saku di KLCC

CCTV dedah taktik licik dua wanita warga asing menyeluk saku di KLCC

 

Dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 1.48 petang itu, modus operandi yang digunakan oleh penjenayah adalah dengan berpura-pura membelek pakaian bagi mengkaburi mata mangsa sebelum melarikan barangan berharga.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang suspek berbadan gempal pada mulanya dilihat berpura-pura membelek pakaian sebelum menghampiri mangsa bersama suaminya yang sedang leka memilih pakaian.

 

 

 

Suspek kemudian bergerak menghampiri belakang mangsa dan cuba membuka zip beg sandangnya tanpa disedari oleh suami dan wanita itu.

Manakala, seorang lagi suspek dilihat membelek pakaian lalu dan mengangkatnya keatas bagi mengkaburi mata orang ramai yang berada di butik berkenaan.

Menurut suami mangsa, kehilangan dompet isterinya disedari ketika ingin membuat pembayaran di premis berlainan tidak jauh daripada butik yang dikunjunginya sebelum itu.

Purse isteri dengan duit dan segala kad penting telah dicuri oleh dua wanita ini di Butik ZARA, Suria KLCC.

“Sangat licik perbuatan mereka, mungkin guna ilmu pukau sebab saya dan isteri memang tidak sedar langsung walaupun isteri dihimpit-himpit seperti dalam video,” tulis Muhamad Hafiz Rejab di laman Facebook.

Difahamkan, laporan polis telah dilakukan dan kedua suspek yang dipercayai berusia lingkunangan 40-an itu dikatakan masih bergiat aktif melakukan kegiatan samunnya itu.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli belah dan sebaiknya pastikan beg tangan berada di bahagian hadapan bagi mengelak kejadian yang sama berulang.  

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



Sumber CCTV dedah taktik licik dua wanita warga asing menyeluk saku di KLCC Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top