Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Agenda kerjanya padat sehingga Oktober depan. Malah, tidak keterlaluan jika dianggap tahun ini antara yang paling sibuk buat pelakon, pengacara dan usahawan muda, Neelofa.

Menurut pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 28, dia juga akan berada di enam lokasi berbeza di luar negara selama tiga bulan bagi menjayakan program persidangan belia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 5 hingga 16 Ogos ini di New York, Amerika Syarikat (AS).

“Selain New York, saya juga akan ke New Jersey dan Washington untuk program ini lebih dua minggu. Sudah pasti saya sangat teruja menjayakan program itu. Apa yang penting, saya mahu menimba ilmu dan pengalaman baru sekali gus berkongsi serta memberi inspirasi kepada belia di Malaysia.


“Kursus itu berlangsung selama 16 hari dan disertai belia berusia 28 tahun ke bawah saja,” katanya.

Pengacara popular program Meletop itu berkata, sebaik saja kembali dari AS dia akan menghadiri minggu fesyen istimewa Swarovski di kota fesyen, Milan.

“Saya akan ke Milan pada 18 September nanti dan pada Oktober pula, akan ke Boston untuk menjalani program istimewa bersama majalah antarabangsa Forbes. Selepas itu, barulah saya akan berehat seketika daripada kerja untuk bersama keluarga,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya seni pula, Neelofa akan terbabit dengan penggambaran drama bersiri terbarunya Red Velvet bergandingan dengan Alif Satar untuk slot mega drama Astro.

“Sesibuk mana pun dengan bisnes tudung dan pelbagai program yang memberi inspirasi kepada golongan muda, saya tidak akan lupakan kerjaya lakonan yang diceburi.

“Selepas kembali dari urusan kerja di AS, saya akan kembali ke lokasi penggambaran drama Red Velvet pada 20 Ogos nanti,” katanya.

Terdahulu, Neelofa menjadi ahli panel sempena program Breaking The Era Of Women Stereotype anjuran Forbes Asia Summit di Manila, Filipina.

Dia juga berkongsi pandangan menyentuh topik wanita masa kini yang lebih berinspirasi dan berkerjaya hebat. Tidak ketinggalan, Neelofa juga dilantik sebagai duta projek hartanah Duta Villa milik Putrajaya Homes.

Timba pengalaman dengan produksi antarabangsa

Sebelum terbabit dengan program persidangan belia anjuran PBB di New York, Neelofa juga terbabit dengan penggambaran untuk satu projek eksklusif Neelofa dan jenama barang kemas antarabangsa, Swarovski di Malibu.

Neelofa mengakui dia menimba pengalaman sangat berharga bekerja dengan produksi antarabangsa di sana.

“Walaupun kunjungan ke Los Angeles singkat, saya menganggap pengalaman bertugas dengan tenaga kerja di sana sangat menyeronokkan. Saya dikelilingi tenaga kru produksi yang sangat ceria dan positif sekali gus membangkitkan semangat untuk bekerja meskipun dalam keadaan penat dengan jadual kerja yang agak padat.

“Pada pemerhatian saya, bekerja dengan nama besar, mereka sangat profesional dan mementingkan masa serta kualiti,” katanya.

Mengenai kerjasama dengan Swarovski pula, kata Neelofa, ia tahun kedua dia bekerjasama dengan jenama berkenaan.

“Sesi penggambaran berjalan lancar dan mudah kerana segalanya diuruskan oleh mereka,” katanya.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top