Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
Ayah Dedah Pengorbanan N. Thanabalan Untuk Keluarga Tercinta

Nama N. Thanabalan, 22, baru-baru ini menjadi sebutan dan pujaan rakyat Malaysia apabila berjaya menampilkan aksi cemerlang mewakili skuad B22 kebangsaan dalam memburu emas acara bola sepak Sukan SEA KL17.

Pasti rakyat Malaysia tidak dapat melupakan tandukan berbisa Thanabalan ketika menjaringkan gol kemenangan ke atas pasukan seteru abadi, Indonesia dalam perlawanan separuh akhir pada Sabtu yang lalu.

Dan sudah tentu insan yang paling gembira dengan jaringan tersebut adalah bapa Thanabalan sendiri, S. Nadarajah, 56. Bagi Nadarajah, Thanabalan bukan sahaja seorang pemain bola sepak yang hebat, malah menganggap dia sebagai anak yang baik apatah lagi Thanabalan menggunakan gajinya sebagai pemain bola sepak untuk menyara keluarga lapor Harian Metro.

Kisah Pengorbanan N. Thanabalan Untuk Keluarga Tercinta Didedahkan Ayahnya

“Biarpun anak kami sibuk menjalani latihan, dia tidak pernah sesekali melupakan keluarga malah menjadi tunjang kepada keluarga ini,” ujar S Nadarajah.

"Dia lebih mengutamakan keluarga berbanding membeli barangan untuk dirinya. Malah dialah yang menjadi ketua keluarga selepas saya terbabit kemalangan pada 14 April 2013," katanya sebak.

Menurut Nadarajah, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di Kuala Lumpur dari Seremban.

"Semasa kejadian, saya menunggang motosikal jam 6.30 pagi sebelum sebuah kereta merempuh dari belakang. Disebabkan itu, saya kini lumpuh separuh badan bermula daripada bahagian dada hingga kaki”

Kisah Pengorbanan N. Thanabalan Untuk Keluarga Tercinta Didedahkan Ayahnya

Berikutan tragedi tersebut, Thanabalan telah mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga. Dia bukan sahaja menampung perbelanjaan dapur, bil utiliti dan kos perubatan, malah turut menjaga dua adiknya, Kheeteeswaran, 19, dan Keethikaa, 13.

"Sejak menyarung jersi pasukan negara, Thanabalan beritahu tidak mahu berenggang dengan keluarga kerana risau keadaan kami. Selepas menjalani latihan, dia akan pulang ke rumah untuk memandikan, menukar lampin dan mendukung saya ke katil disebabkan saya tidak mampu bergerak," tambah Nadarajah.

Walaupun terpaksa berulang alik antara Kuala Lumpur dan Seremban, Thanabalan tidak pernah mengeluh dan memberitahu bahawa dia penat.

Kisah Pengorbanan N. Thanabalan Untuk Keluarga Tercinta Didedahkan Ayahnya

"Saya bangga dengan dia apatah dalam kecemerlangannya dalam bola sepak," katanya.

Nadarajah yang juga merupakan bekas pemain bola sepak memberitahu bahawa dia melatih Thanabalan bermain bola sepak sejak dari sekolah rendah lagi.

"Ketika Thanabalan kecil, dia akan menendang apa juga objek yang ditemui terutama botol. Dia juga sering menghubungi saya selepas tamat perlawanan untuk beri pandangan mengenai aksinya di padang," katanya.

Mengulas mengenai jaringan Thanabalan, Nadarajah berkata dia sering menekankan kepada anaknya supaya menggunakan kepala untuk menjaringkan gol ketika bola diperoleh melalui sepakan sudut.

"Ternyata dia mendengar arahan apabila menjaringkan gol pada minit ke-87 malam tadi (Sabtu),"

Nadarajah juga berharap Malaysia mampu membenam cabaran Thailand pada Selasa ini sekaligus merangkul gelaran juara dan memenangi pingat emas.

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top