Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Sememangnya kegagalan adalah syarat wajib untuk mana-mana usahawan gagal. Tetapi kegagalan adalah perkara yang setiap orang mahu elak.

Cara yang terbaik untuk melindungi bisnes baru daripada gagal adalah untuk tahu apakah sebab sebenar sesuatu kegagalan dan cuba pertahankannya dengan sebaiknya.

Berikut adalah 5 sebab gagal dan bagaimana untuk menghalang syarikat anda daripada menjadi mangsa.

#1-Anda Menunggu Terlalu Lama.

Setiap pelancaran produk akan menjadi sesuatu perkara yang penting dalam fikiran usahawan dari mula mereka mendapatkan idea tersebut.

Malangnya, bagi usahawan yang bersifat ‘perfectionist’, mereka akan agak berlebihan apabila melibatkan matlamat produk atau servis mereka.

Banyak startup yang gagal adalah kerana pengasasnya cuba untuk menyempurnakan setiap produk mereka pada tahap yang paling tinggi.

Ada sebab kenapa banyak startup yang berjaya ada versi 2.0, 3.0 dan seterusnya.

Dengan melancarkan produk atau servis yang asas, anda tidak boleh dapatkan duit dengan segera dan banyak akan tetapi anda boleh dapatkan data pelanggan untuk menentukan produk anda pada masa hadapan.

Tanpa anda sedar, perkara yang anda khuatirkan itu atau anda rasa akan menganggu tanggapan pelanggan dan jualan mungkin tidak menjadi perhatian pelanggan anda lansung.

Menangguhkan pelancaran hanya kerana pentingkan kesempurnaan boleh menyebabkan anda dan startup anda berakhir dengan hutang atau jumlah kos yang tinggi yang terpaksa ditanggung oleh anda.

Sebaliknya, pamerkan produk anda untuk ditonoton dunia dan biarkan ia membesar dan membangun dari sana.

#2- Anda Terlalu Berhati-Hati.

Risiko adalah teman rapat setiap usahawan. Menjadi terlalu berhati-hati akan sebabkan banyak startup yang asalnya berpotensi terpaksa ditutup.

Risiko kewangan selalunya yang menjadi cabaran bagi ramai usahawan. Startup yang kurang dana modal akan buatkan usahawan lebih goyah apabila produk atau idea mereka gagal.

Tetapi, idea yang ingin buka startup perlukan sejumlah yang besar adalah mitos. Pengasas SaleHoo dan rakan kongsinya membuka starup mereka hanya dengan 1,000 dolar dalam akaun bank.

Dalam masa setahun selepas pelancaran, SaleHoo mempunyai kira-kira 10,000 ahli dan mula menjana keuntungan. Untuk mulakan start-up tidak perlu beribu-ribu dolar terutamanya jika anda melancarkan bisnes secara online.

Pemain-pemain dalam industri bisnes tidak akan pernah mencapai kejayaan sekiranya mereka bersikap ‘play safe’ dalam industri.

Seseorang itu mesti tahu bagaimana untuk mempertaruhkan wang mereka, idea mereka, apa yang perlu untuk menyedari visi mereka walaupun permintaan pelanggan tidak tetap. Jangan terlalu takut untuk merisikokan idea,usaha dan perniagaan.

#3- Anda Terlalu Mencuba Untuk Jadi Original.

Kebanyakkan pengasas startup harus berdikari sendiri dan hampir sepenuhnya. Adalah susah untuk mencipta idea bisnes yang original yang sememangnya lain daripada yang lain.

Keaslian bukanlah sesuatu yang wajib untuk startup. Jika idea anda asli, itu menjadi kelebihan bagi bisnes anda. Tetapi jika anda tidak ada keaslian, tidak mengapa akan tetapi jangan jadikan itu sebagai alasan anda tidak buat atau tangguhkan startup.

Mungkin startup yang ada idea asli akan ada peluang lebih tinggi untuk berjaya akan tetapi tidak semestinya startup yang tidak menjual idea,produk dan servis sendiri tidak dapat buat keuntungan yang besar.

Keaslian kadang-kadang boleh menjadi penyebab sesuatu startup itu lambat untuk berjaya. Hal ini kerana, startup yang dibina berasaskan produk, servis atau idea orang lain mungkin lebih senang untuk berjalan lancar kerana sudah dikenali orang.

Pelanggan mungkin tidak mengenali anda dan startup anda akan tetapi mereka mungkin akan membeli daripada anda tanpa ragu-ragu kerana produk dan servis anda sudah ada dalam pasaranan.

Startup yang baru, yang original mungkin membuatkan anda terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan pelanggan untuk percaya kepada mereka. Anda mungkin terpaksa ‘struggle’ untuk cari pelanggan pertama lagi.

Setelah ada pelanggan yang ingin mencuba produk atau servis anda, kemudian mereka ‘repeat’ belian maka anda telah berjaya mendapatkan ‘batch’ pelanggan yang pertama.

Daripada habiskan masa,wang dan tenaga terlalu lama untuk fikirkan idea yang di luar kotak, adalah lebih baik anda fikirkan bagaimana untuk menambahbaik pulih kotak tersebut.

Buatkan produk tersebut lebih bersifat mesra pengguna, sentiasa respon kepada pelanggan, jangan cuba untuk terlalu bersaing pada permulaannya hanya untuk keaslian.

#4-Anda Cuba Buat Sendiri.

Mengasaskan startup sendiri memang suatu perkara yang sukar. Untuk ramai usahawan, salah satu yang mencabar adalah untuk menyedari yang anda tidak boleh mengawal dan menguruskannya sendiri.

Rakan kongsi mungkin ada kelebihan yang tersendiri tetapi yang pentingnya anda akan menjadi lebih seimbang. Jika anda memilih dnegan berhati-hati maka rakan bisnes boleh menguatkan syarikat dengan menampung kelemahan anda.

Sebelum memilih rakan kongsi, kenal pasti kelemahan anda terlebih dahulu. Kemudian cari rakan kongsi yang mempunyai kelebihan pada bahagian yang anda lemah tadi.

Startup yang gagal adalah kerana pengasasnya tidak mampu menguruskannya. Bisnes perlukan tempoh untuk membangunkannya dan salah satu cara produktif untuk membuatnya adalah menerusi pasangan yang produktif.

#5-Anda Tidak Ada Cukup Data.

Tidak ada syarikat yang berjaya tanpa ada data yang kuat. Dalam startup, tidak ada istilah terlalu lambat untuk kumpul ‘database’.

Cara untuk menjadikan startup anda sentiasa berkembang adalah mencari perkara yang betul, pada masa yang betul, berdasarkan jenis bisnes anda dan pada tahap anda berada.

Menjejaki analitik adalah penting kerana data anda yang buatkan startup anda berkembang. Tanpa ada maklumat yang betul dan mencukupi, anda tidak akan tahu bagaimana untuk menambahbaik perniagaan anda.

Memang kita sedaya upaya untuk mengelak daripada gagal. Tetapi itu bermakna anda tidak boleh berjaya kalau gagal sekali. Anda harus cuba mempertahankannya.

‘Mindset’ keusahawanan yang setiap startup anda ada haruslah yang anda akan berjaya dengan usaha anda.

Dengan percaya kepada prinsip ini, anda boleh bertenang sekiranya apa yang anda usahakan tidak menjadi.

Anda boleh cuba kesemua cara untuk mengelak daripada kegagalan dan pastikan kejayaan dalam bisnes.



Sumber 5 Sebab Kenapa Startup Anda Gagal Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top