TAIPEI – TAIWAN. Seorang wanita dibenarkan bercerai dengan suaminya selepas tanda “blue tick” pada mesej yang dihantarnya melalui aplikasi Line dijadikan sebagai bukti lelaki itu mengabaikannya.

Aplikasi Line menunjukkan lelaki itu telah membuka mesej berkenaan namun tidak membalasnya.

‘Blue tick” adalah istilah yang merujuk kepada tanda yang kelihatan selepas penerima membaca mesej yang diterima dan konsep ini digunakan di aplikasi sosial media seperti WhatsApp dan Line.