Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Viral video seorang lelaki berbadan besar ditumbangkan tiga pengawal keselamatan di bangunan kediaman di Subang Jaya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.13 petang di Kondominium USJ One, lelaki itu dikatakan mahu masuk ke bangunan kediaman itu. Malangnya tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas, atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan. .

Berdasarkan video yang dimuat naik laman Discover Subang Jaya, pengawal keselamatan warga asing itu kemudian berdepan dengan lelaki terbabit, sebelum ditenangkan salah seorang kakitangan bangunan.

Bagaimanapun, lelaki terbabit secara tiba-tiba menendang kaki kiri pengawal berkenaan lalu berlaku pergelutan di antara mereka berdua sebelum didatangi dua lagi rakan pengawal yang berusaha menghalang lelaki terbabit dari terus menyerang mangsa. .

Lelaki itu kemudian berjaya dihalang, lalu diikat dengan tali dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. .

Tidak lama selepas video itu viral di media sosial, lelaki terbabit tampil memberi serba sedikit penjelasan mengenai insiden itu.

 
Top