Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi berunding dengan pihak syarikat pengedar kereta AGR Auto Trade Sdn. Bhd. (AGR) pada pagi Isnin bagi menyelesaikan kemelut antara pemilik kereta dengan syarikat terbabit.

Kata Yusuf, pihak PPIM hadir bagi menemani mangsa untuk mengambil kunci pendua untuk membantu mereka mendapatkan kembali kereta dan bukannya bertujuan untuk melakukan provokasi.

“Harap tidak berlaku pertelingkahan, hanya datang nak berdamai dan ambil kunci,” ujarnya.

Ketika rundingan tersebut, Yusuf mencadangkan agar laporan hitam putih dibuat oleh semua pihak yang terlibat untuk rujukan masa akan datang.

“Bila dah bagi pada pemilik kereta, pastikan mereka buat satu laporan dan setiap kereta perlu ada sekurang-kurangnya tiga laporan yang merekodkan kereta sudah dipulangkan.

“Satu laporan daripada tuan (AGR), mangsa dan penyewa. Kalau tuan bersetuju, perkara ini tidak akan berpanjangan,” katanya kepada AGR melalui rakaman penstriman langsung di Facebook.

Difahamkan, pihak PPIM sudah diingatkan oleh pihak polis agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika proses rundingan dilakukan antara kedua-dua pihak.

Terdahulu, isu mengenai perkara ini tercetus apabila 23 pemilik kereta mendapatkan bantuan PPIM kerana mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan dan buntu selepas menerima notis hutang daripada pihak bank.

Mereka tampil bagi menuntut semula kenderaan masing-masing yang ditempatkan di sebuah pusat penyimpanan kenderaan di Kajang, Selangor.

Sumber: Mstar

 



Sumber [Video] PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top