Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Jabatan Polis Baltimore menyiasat sebuah rakaman yang menunjukkan anggotanya ‘menanam’ dadah di satu lokasi tangkapan.

Kamera badan rakam polis palsukan bukti

Menurut laporan Channel News Asia, rakaman tersebut menunjukkan polis tersebut meletakkan bungkusan berisi kapsul dalam sebuah tin di sebuah rumah.

Seterusnya polis tersebut ‘menghidupkan’ kamera badannya sambil diperhatikan dua anggota polis lain.

Rupa-rupanya, kamera badan tersebut telah merakam rakaman berdurasi 30 saat sebelum ia dihidupkan.

Anggota polis tersebut dikenalpasti sebagai Richard Pinheiro, manakala  dua lagi anggota yang memerhati bernama Hovhannes Simonyan dan Jamal Brunson.

Rakaman bertarikh 24 Januari tersebut menyebabkan seorang lelaki ditangkap dan ditahan selama lima bulan.

Pendakwa raya bagaimanapun, menggugurkan kes selepas rakaman pemalsuan bukti tersebut diperoleh.

Ketua Polis Baltimore, Kevin Davis memberitahu pihaknya masih belum membuat kesimpulan terhadap insiden berkenaan.

‘Jika betul bukti telah dipalsukan, kami akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata Kevin semalam.

Setakat ini, salah seorang dari anggota polis terlibat telah digantung tugas manakala dua lagi diberikan tugas pejabat dan dilarang berjumpa dengan orang awam.

“Ini adalah tuduhan serius berkenaan salah laku polis. Tindakan polis memalsukan bukti boleh merosakkan kepercayaan orang awam (terhadap polis),” kata Kevin.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Video polis kantoi palsukan bukti Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top