Lantaran itu, beliau meminta masyarakat perlu bersedia menghadapi perkara yang tidak pernah dijangka dalam situasi dunia serba baharu kini.

Baca artikel sebelum: Budak tingkatan 1 racun rakan sekelas, masukkan racun lipan dalam makanan

“Saya tak tahu nak kata apa, dia punya balas dendam sangat dahsyat dan kita pun mungkin berfikir tidak apa budak-budak tak akan sampai tahap macam itu.

“Tetapi, hari ini (budak-budak) punya mentaliti sudah lain. Jadi, kementerian kena berusaha lebih lagi terutamanya di peringkat sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sekijang, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua UMNO bahagian, Datuk Dr. Baharom Mohamed; Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE