Sebaliknya dia beranggapan, perbuatan tersebut sebagai satu cara untuk menghargai diri sendiri yang sudah menghabiskan masa dalam tempoh tertentu bersenam di gimnasium.

“Setiap apa yang kita lakukan, mesti mahu lihat hasilnya. Jadi itulah cara saya. Apa yang dipaparkan di laman sosial saya adalah diri saya sebenar.

“Dikecam atau tidak, saya tidak pernah ambil peduli. Tak suka jangan tengok. Kehidupan saya amat ringkas,” katanya yang memulakan karier lakonan sejak kecil menerusi filem Tentang Bulan.