Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

“Saya dalam keadaan terdesak dan derita sekarang. Kalau ada kerja angkat najis pun saya buat asalkan keluarga saya selamat,” rayu lelaki dikenali sebagai Mazlan, 54, yang diburu 11 ah long sejak penghujung tahun lalu.

Bapa kepada lima anak itu turut mencagarkan akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya pada individu yang dapat membantu menyelesaikan pinjamannya berjumlah lebih RM10,000.

Dia terjebak meminjam wang tersebut kerana ingin memberi kebahagiaan kepada isterinya yang berusia 47 tahun selain mahu memulihkan hubungan rumah tangganya yang hampir retak.

“Saya asalnya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Pasir Gudang. Tapi tender saya ditamatkan pada Oktober tahun lalu dan disebabkan itu saya hilang punca pendapatan serta dihimpit pelbagai masalah.

“Saya akui terlalu ikutkan kehendak isteri. Kalau boleh semua kehendak dia saya tunaikan sehingga akhirnya menjerat diri sendiri,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menceritakan mengenai permulaan episod hitam kehidupannya, Mazlan mengakui mengambil pinjaman wang itu bagi mengubati isterinya yang didakwa terkena buatan orang.

“Hubungan kami laki bini retak sejak tahun lepas. Semuanya bermula daripada kenalan menerusi laman sosial Facebook dan WhatsApp. Ditambah pula ketika itu saya kesempitan wang, boleh dikatakan hari-hari ada saja yang tak kena.

“Ada orang cakap pergi berubat. Saya cuba ikhtiarkan tetapi banyak kali kena tipu dan pengeras yang dilaburkan pula bukannya sedikit hingga saya terpaksa berhutang,” katanya.

Pengorbanannya, bagaimanapun tidak berbaloi apabila membongkar kecurangan isteri yang dikahwini 30 tahun lalu di hotel yang membawa kepada perpisahan.

“Sekarang ini saya disisihkan, tapi tak mengapa asalkan saya yang tanggung semua kesilapan ini. Kalau mati pun biar saja saya yang tanggung bukan anak dan isteri. Saya dah jumpa beberapa pihak bagi membantu mengurangkan jumlah bayarannya.

“Hasil perbincangan, hutang saya berbaki RM8,000 dan saya merayu kalau ada majikan yang sudi selesaikannya, saya nak cagar akaun KWSP saya yang sudah boleh dituai (keluarkan) tahun hadapan.

“Saya minta mereka sediakan surat perjanjian. Saya dah tidak kisah nak jadi apa pun asalkan semua ini berakhir,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Sanggup pinjam ahlong nak ubatkan isteri, beri apa yang isteri nak, last2 isteri kantoi curang main jantan lain di hotel Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top