Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
KULIT SELEPAS BERSALIN

Kulit merupakan salah satu bahagian penting pada tubuh. Lebih 80 peratus bahagian tubuh diliputi kulit. Masalah kulit yang dihadapi semasa hamil dan seterusnya selepas bersalin bukan alasan untuk anda ‘goyang kaki’ tanpa melakukan apa-apa tindakan.

Bagi ibu yang melahirkan bayi, sudah tentu mengalami pelbagai perubahan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Secara umumnya ia berlaku akibat pengaruh hormon-hormon kehamilan yang banyak dalam badan para ibu. Antara perubahan yang dialami ialah peningkatan berat badan, rambut gugur, dan masalah kulit. Bagi para ibu yang mengalami masalah kulit selepas bersalin, ia tidak menyebabkan masalah kesihatan. Namun anda harus berjumpa doktor sekiranya kulit anda mengalami radang, melepuh, atau anda mendapat ruam atau gatal-gatal selepas mengalami beberapa hari.

Kenali 4 masalah kulit selepas bersalin

Masalah kulit memang kerap terjadi selepas bersalin. Antara masalah kulit yang biasa terjadi ialah:

1)Jeragat pada kulit muka

Masalah ini yang dikenali sebagai chloasma atau melasma. Kawasan yang terlibat ialah pipi, dagu, hidung, bahagian antara hidung dan mulut atau dahi. Secara umumnya jeragat pada muka disebabkan hormon yang tinggi sewaktu mengandung. Hormon ini menyebabkan pengeluaran melamin berlebihan yang menyebabkan warna gelap pada kulit.

2)Garisan hitam pada perut dan kehadiran tahi lalat

Lazimnya wanita yang hamil akan mempunyai garisan hitam pada perut. Ia biasanya muncul sekitar trimester kedua. Garisan ini juga  dikenali sebagai linea nigra. Ia adalah ialah garisan menegak berwarna gelap yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat dengan kelebaran sehingga satu sentimeter.  Ia berlaku disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda. Semasa hamil juga, segelintir para ibu mengalami  masalah kehadiran tahi lalat atau  keratosis pada leher, pipi dan dada. Namun tahi lalat yang timbul ini semasa hamil biasanya tiada kaitan dengan barah kulit.

3)Kulit kehitam-hitaman di bahagian ketiak, bahagian sulit dan perut

Masalah kehitaman pada anggota badan memberikan rasa tidak selesa kepada para ibu.  Ketiak hitam, bahagian sulit dan perut berwarna kehitaman akan mengganggu penampilan anda. Malah masalah hitam dicelah paha sering terjadi terutama bagi mereka yang baru saja lepas bersalin. Memang sukar pula untuk dihilangkan. Ketidakseimbangan hormon boleh menjadi salah satu faktor penyebab masalah ini terjadi ketiak menjadi hitam.

4)Tanda regangan dan kulit kendur

Tanda regangan (stretch marks) dan kulit kendur adalah  antara  masalah kulit yang dihadapi oleh ibu selepas bersalin. Masalah ini biasanya berlaku di sekitar bahagian perut, buah dada, sekitar punggung dan paha. Tanda regangan ialah garis-garis halus berwarna kemerahan atau kecoklatan (bergantung kepada warna kulit anda) yang biasanya muncul pada perut, payudara dan paha. Ia berlaku kepada kira-kira 75 hingga 90 peratus wanita hamil.

Pulih Kembali Kulit Anda

Lazimnya semasa dalam proses pemulihan diri, para ibu akan menjalani rawatan tradisional selama 44 hari dengan pelbagai pantang larang supaya memastikan tubuh badan luar dan dalam kembali segar dan bertenaga. Selain mandi bunga, berurut, bertungku dan memakai bengkung, anda juga boleh melakukan rawatan untuk memulihkan kembali kulit agar kembali tegang, tiada kesan regangan, kendur dan tanda kehitaman pada anggota badan anda.

a)Minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E

Masalah yang ‘popular’ yang dialami oleh para ibu ialah tanda regangan (stretchmark) dan kulit kendur pada bahagian perut, punggung dan paha boleh dikurangkan dengan rawatan urut dan bertungku (tradisional). Malah anda juga boleh cuba mengurangkan tanda regangan

dengan menyapu minyak atau krim yang kaya dengan vitamin E pada perut untuk menjadikannya lebih anjal.

Bagi yang mempunyai bajet, tidak salah jika sekali sekala reward diri anda dengan melabur wang untuk kecantikan diri. Para ibu boleh mencuba rawatan moden yang menggunakan rawatan laser. Rawatan laser boleh dilakukan sebulan sekali. Tanda regangan yang baru terbentuk lebih senang dirawat berbanding yang telah ada bertahun-tahun lamanya. Apabila kulit di laser, badan akan merangsang kolagen yang menyebabkan tanda regangan berkurang.

b)Set penjagaan muka

Bagi masalah jeragat pada kulit muka pula boleh diatasi dengan penggunaan krim pelindung matahari dan mengelak sinaran cahaya matahari seperti menggunakan topi besar atau payung. Jika tidak menyusukan anak, jeragat boleh dirawat dengan penggunaan penjagaan muka yang diikuti dengan rawatan peeling. Bagi ibu yang menyusukan anak, set penjagaan muka yang mengandungi vitamin C dan penggunaan krim pelindung matahari boleh membantu.

Garis hitam pada perut atau linea nigra tidak perlu dirawat kerana akan hilang dengan sendiri. Garisan ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan, namun anda mungkin perlu menggosoknya sedikit untuk menghilangkan kulit kering. Seterus masalah bagi kulit yang mengakibatkan kawasan gelap di bahagian leher, ketiak dan alat sulit juga akan hilang  dengan sendiri.

c)Pemakanan

Menyentuh mengenai pemakanan pula, anda harus mengamalkan pemakanan seimbang dan berzat, lebih protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makan makanan manis, berkalori tinggi dan makanan yang telah diproses. Lebihkan pengambilan air dan elakkan minuman berkarbonat atau berkafeina. Senaman perlu untuk kesihatan dan detox melalui pengeluaran peluh. Amalkan senaman dua hingga tiga kali seminggu. Jika tidak berkesempatan, lakukan sauna untuk 30 minit untuk mengeluarkan toksin dari badan. Amalkan vitamin C untuk membantu badan menghasilkan lebih banyak kolagen untuk kulit yang anjal.

Selamat mencuba!

Sumber: Majalah Pama



Sumber Rupanya 4 Masalah Kulit Selepas Bersalin Ada Caranya Nak Pulih. Mama Kena Ambil Peduli Supaya Suami Kata, Wow! Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top